Penerbangan 752 Ukraine International Airlines
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penerbangan 752 Ukraine International Airlines ialah sebuah laluan penerbangan penumpang antarabangsa berjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomaini, Teheran, Iran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil' di Kiev, Ukraine. Pada 8 Januari 2020, sebuah pesawat Boeing 737-800 yang berkhidmat pada laluan ini terhempas sejurus selepas berlepas dari Teheran, menyebabkan kesemua 176 orang penumpang dan anak kapal terkorban.[2]
(Masih dalam siasatan) | |
---|---|
Tarikh | 08 Januari 2020 (2020-01-08) |
Ringkasan | Terhempas sejurus selepas pendaratan, disahkan ditembak jatuh oleh Tentera Iran |
Tapak kejadian | Berdekatan Shahriar, Iran[1] 35°33′40″N 51°06′14″E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Boeing 737-800 |
Pengendali | Ukraine International Airlines |
No. penerbangan IATA | PS752 |
No. penerbangan ICAO | AUI752 |
Huruf pengenalan | UKRAINE INTERNATIONAL 752 |
Kod pendaftaran | UR-PSR |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomaini, Tehran |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil, Kiev |
Penumpang | 167 |
Anak kapal | 9 |
Kematian | 176 (Semua)[2] |
Terselamat | 0 |
Pihak Amerika Syarikat mendakwa bahawa pesawat yang terlibat ditembak jatuh oleh sebuah perluru berpandu Iran,[3] dan disokong oleh pihak United Kingdom, manakala pihak Ukraine menetapkan penembakan sebagai salah satu "teori-teori utama". Pihak Iran menafikan kemungkinan ini dan mendakwa bahawa kemalangan ini berlaku akibat masalah teknikal pesawat.[4][5] Pada 11 Januari, Iran akhirnya mengaku bertangunggjawab atas nahas itu dengan motif berdasarkan kesilapan.[6]