Penderaan seksual kanak-kanak
Jenayah di mana seorang dewasa menggunakan kanak-kanak untuk kepuasan seksual / From Wikipedia, the free encyclopedia
Penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.
Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebuh tua atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain.[1] Kajian berkenaan kesan penderaan seksual kanak-kanak seringkali ditakrifkan sebagai termasuk mengajak atau meminta sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang interaksi seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk sehingga kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait.[2] Menurut undang-undang (US), "penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur atau mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan nafsu seksual (sexual gratification).[3][4]
Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang,[5] termasuk kemurungan klinikal,[6] kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder),[7] kerisauan,[8] kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa,[9] dan simptom lain.
Professor Sosiologi David Finkelhor, direktor bagi Crimes against Children Research Center, menggambarkan "penderaan seksual kanak-kanak" sebagai memerlukan dua komponen, "(1) aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak dan (2) 'keadaan penderaan' seperti paksaan atau jurang usia yang besar antara peserta yang menunjukkan ketiadaan persetujuan." Finkelhor menulis bahawa di USA pada 1994, sekitar 20% wanita dan 5% hingga 15% lelaki telah mengalami sejenis bentuk penderaan seksual sebagai kanak-kanak; dan dia tidak mendapat bukti mengenai peningkatan dramatik dalam generasi kini, atau keadaan sosial ekonomi merupakan risiko faktor utama.[10][11][12]
Apabila orang dewasa mencari atau terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak, sentimen umum biasanya merumuskan bahawa tindakan ini sebagai manifestasi pedophilia, bagaimanapun sesetengak kajian yang mengkaji psychologi pesalah seks hubungan (contact sex offenders ) menunjukkan bahawa kebanyakan pesalah seks hubungan bukanlah sepenuhnya atau cenderung kepada kanak-kanak.[13][14] Aktivis pro-pedophile menggunakan farsa "seks dewasa-kanak-kanak" dan mengait pertahanan akademik bagi mentakrif "penderaan seksual kanak-kanak" melalui terminologi bebas-nilai (value-neutral) bagi menormalkan dan menganjur idea bahawa kanak-kanak mampu merelakan seks dengan orang dewasa dan tidak semestinya tercedera oleh perlakuan sedemikian.[15][16][17][18][19]
Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :
- Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
- Menyentuh bahagian sulit.
- Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
- Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
- Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
- Membuat panggilan telefon lucah,
- Merogol.
- Melakukan seks oral.
- Meliwat.
- Melacurkan.
- Mengintai.
- Mencium.
- Mengusap.
- Mempamerkan aksi lucah.