From Wikipedia, the free encyclopedia
Penarafan oktana adalah suatu pengukuran rintangan penyalaan sendiri bagi petrol dan bahan api lain yang digunakan di dalam enjin pembakaran dalaman jenis enjin penyalaan bunga api. Ia merupakan satu pengukuran anti-letusan suatu petrol atau bahan api.
Nombor oktana adalah nombor yang memberikan peratusan, dalam isipadu, bagi iso-oktana di dalam campuran iso-oktana dan heptana, yang memberikan kapasiti anti-ketukan yang boleh dipertimbangkan. Contohnya, petrol dengan perwatakan ketukan enjin yang setara dengan yang menggunakan campuran 90% iso-oktana dan 10% heptana akan mempunyai nombor oktana 90. [1]
Penarafan oktana bagi bahan api enjin penyalaan bunga api adalah tahap ketahanan daripada ketukan berbanding campuran iso-oktana (2,2,4-trimetilpentana, isomer bagi oktana) dan n-heptana. Daripada definisi tersebut, iso-oktana disetkan nombor oktananya kepada 100 manakala heptana pula bernilai sifar. Petrol oktana 87 contohnya menghasilkan penarafan anti-ketukan yang sama dengan campuran 87% (bagi isipadu) iso-oktana dan 13% (bagi isipadu) n-heptana. Ini bukanlah semestinya bermaksud petrol tersebut betul-betul mengandungi pecahan campuran sedemikian, hanya sifat anti-ketukannya sahaja yang sama dengan campuran yang telah diterangkan tadi.
Kecenderungan untuk menyala sendiri, atau penarafan oktana yang rendah, tidak dikehendaki pada enjin pembakaran bunga api tetapi amat dikehendaki pada enjin diesel. Piawaian bagi kualiti pembakaran minyak diesel ialah nilai setana. Minyak diesel yang mempunyai angka setana yang tinggi mempunyai kecenderungan tinggi untuk menyala sendiri, seperti yang dikehendaki.
Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri. Atas sebab inilah satu bentukisomer bercabang bagi oktana (2,2,4-trimetilpentana) mempunyai (mengikut definisi) nilai oktana 100, manakala n-oktana (lihatoktana), yang mempunyai susunan lurus 8 atom karbon, mempunyai nilai oktana -10, walaupun kedua-duanya mempunyai formula kimia yang sama serta nilai haba dan kelajuan api yang hampir serupa.
Kebanyakan jenis yang biasa bagi penarafan oktana sedunia adalah Bilangan Oktana Penyelidikan/Research Octane Number (RON). RON dinilai dengan menjalankan bahan api di dalam satu ujian enjin dengan satu pembolehubah ujian mampatan di bawah kawalan, dan membandingkan keputusannya dengan mereka yang bercampur di antara iso-oktana dan n-heptana.
Terdapat jenis penarafan oktana yang lain, called Bilangan Oktana Motor/Motor Octane Number (MON), atau penarafan penerbangan oktana kering, yang mana merupakan pengukuran yang lebih baik bagaimana bahan api bertindakbalas apabila di bawah beban, disebabkan oleh ianya dinilai pada kelajuan enjin 900 rpm , sebaliknya pada 600 rpm bagi RON.[2][3] Ujian MON menggunakan ujian enjin yang serupa dengan ujian yang digunakan di dalam ujian RON, tetapi dengan campuran bahan api yang dipanaskan sebelumnya, dan pemboleh ubahmasa pencucuhan untuk lebih memberi tekanan kepada rintangan pengetuk bahan api tersebut. Bergantung kepada komposisi bahan api, MON bagi suatu minyak moden akan menjadi kira-kira 8 hingga 10 mata lebih rendah daripada RON, walau bagaimanapun tiada kaitan di antara RON dan MON. Biasanya, spesifikasi bahan api memerlukan kedua-dua RON dana MON yang minimum.[perlu rujukan]
Di dalam kebanyakan negara, termasuklah Australia dan semua mereka di Eropah, "tajuk utama" penarafan oktana yang ditunjukkan di pam adalah RON, tetapi di Canada, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, seperti Brazil, bilangan tajuk utama adalah purata RON dan MON, dinamakan Indeks Anti-Pengetuk/Anti-Knock Index (AKI, dan selalu ditulis pada pam sebagai (R+M)/2). Kadangkala ia juga dipanggil sebagai Bilangan Pam Oktana/Pump Octane Number (PON).
Oleh kerana perbezaan di antara 8 hingga 10 mata yang dinyatakan di atas, penarafan oktana yang ditunjukkan di Amerika Syarikat adalah 4 hingga 5 mata lebih rendah daripada penarafan yang ditunjukkan di tempat lain di seluruh dunia bagi bahan api yang sama. Sila lihat jadual di seksyen berikut untuk satu perbandingan.
Jenis penarafan oktana yang akhir, dipanggil sebagaiBilangan Oktana Cerapan Jalan/Observed Road Octane Number (RdON). Ia diambil daripada pengujian minyak di dalam dunia enjin multi-silinder yang sebenar, biasanya pada pendikit buka penuh. Ia dibangunkan pada 1920-an dan ia masih boleh dipercayai pada hari ini. Unian asal telah dilakukan di dalam kereta-kereta di atas jalan raya tetapi sebagai teknologi membangunkan ujian telah dialihkan ke casis-casis dinamometer dengan kawalan persekitaran untuk ketekalan.[4]
RON dan MON bagi n-heptana dan iso-oktana mengikut definisi adalah secara tepatnya 0 dan 100. Jadual berikut menyenaraikan penarafan oktana bagi pelbagai bahan api lain.[5][6]
Bahan api | RON | MON | AKI |
---|---|---|---|
Heksadekana | < -30 | ||
n-oktana | -10 | ||
n-heptana (RON dan MON 0 mengikut definisi) | 0 | 0 | 0 |
Bahan api diesel | 15–25 | ||
2-methylheptane | 23 | 23.8 | |
n-hexane | 25 | 26.0 | 26 |
1-pentene | 34 | ||
2-methylhexane | 44 | 46.4 | |
3-methylhexane | 55.0 | ||
1-heptene | 60 | ||
n-pentane | 62 | 61.9 | |
requirement for a typical two-stroke outboard engine[7] | 69 | 65 | 67 |
Pertamina "Premium" gasoline in Indonesia | 88 | ||
n-butanol | 92 | 71 | 83 |
2,2-dimethylpropane | 80.2 | ||
"regular" gasoline in Australia, New Zealand, Canada and the US | 91–92 | 82–83 | 87 |
Pertamina "Pertamax" gasoline in Indonesia | 92 | ||
Shell "Super" in Indonesia | 92 | ||
n-butane | 94[8] | 90.1 | |
2-methylbutane | 90.3 | ||
Pertamina "Pertamax Plus" gasoline in Indonesia | 95 | ||
Shell "Super Extra" in Indonesia | 95 | ||
Shell "FuelSave " in Malaysia | 95 | ||
"EuroSuper" or "EuroPremium" or "Regular unleaded" in Europe | 95 | 85–86 | 90–91 |
Shell "V-Power 97" in Malaysia | 97 | ||
"SuperPlus" in Germany, Great Britain, Slovenia and Spain, "SP98" in France | 98 | 89–90 | 93–94 |
2,2-dimethylbutane | 93.4 | ||
2,3-dimethylbutane | 94.4 | ||
ExxonMobil Avgas 100[9] | 99.5 (min) | ||
Shell "V-Power Racing" in Australia - discontinued July 2008 [10] | 100 | ||
"isooctane" (RON and MON 100 by definition) | 100 | 100 | 100 |
benzene | 101 | ||
i-butane | 102[11] | 97.6 | |
"BP Ultimate 102 - now discontinued"[12] | 102 | 93–94 | 97–98 |
t-butanol | 103 | 91 | 97 |
2,3,3-trimethylpentane | 106.1[13] | 99.4[13] | 103 |
ethane | 108 | ||
2,2,3-trimethylpentane | 109.6[13] | 99.9[13] | 105 |
toluene | 111 | 95 | 103 |
E85 gasoline | 100–5[14] | ||
propane | 112 | 97 | |
2,2,3-trimethylbutane | 112.1[13] | 101.3[13] | 106 |
xylene | 117 | ||
isopropanol | 118 | 98 | 108 |
methanol | 106 | 92 | 99 |
ethanol | 108,6[15] | 89,7[15] | |
methane | 120 | 120 | 120 |
hydrogen* | > 130 | very low[16] |
*Hydrogen does not fit well into the normal definitions of octane number. It has a very high RON and a low MON,[16] so that it has low knock resistance in practice,[17] due to its low ignition energy (primarily due to its low dissociation energy) and extremely high flame speed. These traits are highly desirable in rocket engines, but undesirable in Otto-cycle engines. However, as a minor blending component (e.g. in a bi-fuel vehicle), hydrogen raises overall knock resistance. Flame speed is limited by the rest of the component species; hydrogen may reduce knock because of its high thermal conductivity.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.