sejenis alat tulis From Wikipedia, the free encyclopedia
Pena[1] (disebut [pé.na], Jawi: ڤينا) atau pen[2] ([pén], Jawi: ڤين) ialah alat tulis runcing yang menakung,[1] mengalirkan serta menandakan dakwat pada permukaan tertentu seperti kertas. Ia boleh digunakan bersama pelbagai warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai warna - antaranya hitam, biru, merah dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul, bulet (bullets) dan menombor dll.
Kedua-dua perkataan pena dan pen akarnya dari kata bahasa Latin penna "bulu pelepah" iaitu bahan yang pernah digunakan sebagai alat menulis: pena meminjam terus dari Portugis: pena[3] turunan kata Latin ini manakala pen meminjam dari Bahasa Inggeris.
Pen boleh dikelaskan menurut jenis hujungnya. Jenis moden utama adalah :
Dalam sejarah, pen turut digunakan dalam bentuk:
Tamadun Mesir silam telah memajukan penulisan pada gelungan papirus apabila jurutulis menggunakan berus rumput nipis dari Juncus maritimus.[4] Steven Roger Fischer dalam bukunya A History of Writing mencadangkan bahawa penemuan artifak sebentuk alat ini di Saqqara ada menunjukkan bahawa ia mungkin telah digunakan bagi menulis di atas helaian semenjak Dinasti Pertama atau sekitar 3000 BC. Alat rumput sebegini terus digunakan sehingga Zaman Pertengahan sungguhpun ia perlahan-lahan digantikan dengan pen pelepah semenjak abad ke-7 bahkan turut menerapkan bahan pelepah tumbuhan setempat seperti kabung.
Bulu pelepah yang diruncingkan hujungnya menjadi pilihan banyak penulis sehingga abad ke-19.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.