Pemindahan ibu negara Indonesia (2019–kini)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Usaha pemindahan ibu negara Indonesia bermula pada tahun 2019 pada masa kepresidenan Joko Widodo. Melalui rapat terhad kerajaan pada 29 April 2019, Joko Widodo memutuskan untuk memindahkan ibu bandar negara ke luar Pulau Jawa.[1] Pemindahan ibu bandar ini terbentang dalam Rancangan Pembangunan Jangka Menengah Kebangsaan 2020–2024.[2]
Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Indonesia" does not exist.
Pada 26 Ogos 2019, Presiden Joko Widodo mengumumkan bahawa ibu negara baharu akan dibangun di wilayah pentadbiran Kabupaten Penajam Paser Utara dan Kabupaten Kutai Kartanegara.
Pada 17 Januari 2022 dalam Rapat Panitia Khusus DPR bersama Kerajaan dan DPD, Menteri Perancangan Pembangunan Negara Suharso Monoarfa mengatakan ibu negara baharu akan dinamakan Nusantara.