From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemilihan seks adalah satu bentuk pemilihan semula jadi. Pemilihan seks melibatkan suatu individu yang mempunyai jantina biologi tertentu memilih pasangan yang mempunyai jantina biologi yang berlawanan (pemilihan interseks) dan bersaing dengan individu daripada jantina sendiri untuk mendapatkan pasagan yang berlawan jantina (pemilihan intraseks). Dua bentuk pemilihan ini bermaksud sebahagian individu mempunyai kejayaan untuk membiak yang lebih baik berbanding sebahagian yang lain dalam sesuatu populasi. Peluang yang untuk membiak lebih baik ini wujud sama ada disebabkan pemilihan pasangan yang lebih menarik atau mempunyai ciri-ciri yang menarik untuk bagi menhasilkan zuriat.[1][2] Contohnya, dalam musim mengawan satu populasi katak, pemilihan seksual berlaku pabila katak jantan berkumpul di gigi air dan membuat panggilan mengawan: menguak. Katak betina yang sampai di kawasan gigi air tersebut kemudiannya akan membuat pilihan katak jantan yang mempunyai suara yang paling dalam dan kawasan mengawan yang terbaik. Secara umumnya, katak jantan terpilih mendapat manfaat daripada proses mengawan yang kerap dan dapat memonopoli akses kawanan katak betina yang subur. Katak betina pula akan mempunyai bilangan zuriat yang terhad dan dapat memksimumkan pulangan tenaga yang telah mereka gunakan in proses pembiakan.
Rencana atau bahagian ini sedang melalui proses pengembangan atau penstrukturan semula, dan tidak sesuai untuk digunakan buat masa ini. Anda dialu-alukan untuk membantu dengan turut serta menyunting. Jika rencana atau bahagian ini belum disunting untuk beberapa hari, sila padam templat ini. Rencana ini kali terakhir disunting oleh Syam Ahmed (bincang| sumb) 6 tahun yang lalu. (Nyahcache) |
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Konsept pada awalnya telah cadagnakan oleh Charles Darwin dan Alfred Russell Wallace. Mereka menguraikan pemilihan seksual sebagai pemacu kepada proses spesiasi. Hal ini juga menerangkan mengapa banyak organisma mempunyai ciri-ciri daripada evolusi yang membahayakan survival mereka sebagai individual,[3] Ronald Fisher kemudian telah mengembangkan konsep ini pada abad ke-20. Pemilhan seksual menyebabkan ciri-ciri ekstrem terutamanya pada organisma jantan bagi mempamerkan kecergasan (fitness) mereka untuk dipilh oleh individu betina. Hal ini kemudianya menyebabkan terhasilanya dimorfisme pada ciri-ciri seksual sekunder seperti bulu pelepah hiasan pada burung syurgawi dan kuang, tanduk pada rusa, dan bulu leher pada singa. Dimorfisme ini terjadi disebabkan oleh mekanisma tindak balas positif oleh pasangan berlawan jantina. Mekanisma ini dikenali sebagai Rantaian Fisher (Fisherian runaway). Rantaian Fisher berlaku apabila perwarisan kehendak terhadap sesesuatu trait oleh satu-satu jantina alah sama penting untuk mempunyai trait tersebut jantina. Walaupun hipotesis anak jantan menarik menyatakan bahawa satu individu betina sentiasa tertarik kepada anak jantan, prinsip Fisher ini menerangkan mengapa nisbah jantina adalah 1:1 tanpa pengecualian. Pemilihan seks juga didapati pada tumbuhan dan kulat.
Kesinambungan pembiakan seks di dunia yang penuh persaingan ini masih menjadi misteri kepada ilmu biologi di sebalik keupayaan pembiakan aseks yang dapat menghasilkan 50% lebih banyak zuriat. Walaubagaimanapun, satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 menunjukkan pemilihan seksual dapat menerangkan kelangsungan pembiakan seksual organisma hidup. [4].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.