From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Julai–September 2022 ialah pemilihan parti yang telah dijalankan bagi menentukan Pemimpin Parti Konservatif baharu sekali gus Perdana Menteri United Kingdom yang baharu. Pemilihan ini, yang dicetuskan oleh peletakan jawatan Boris Johnson sebagai pemimpin parti pada 7 Julai 2022, telah bermula pada 12 Julai.
| |||||||||||||
Pengundi hadir | 82.6% (Undi ahli) ▼ 4.8 mp | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||
|
Johnson dipilih untuk menggantikan Theresa May selepas May tidak dapat memperoleh majoriti untuk perjanjian penarikan balik Brexit beliau. Johnson mengalahkan Jeffrey Hunt dalam pusingan akhir pemilihan kepimpinan Parti Konservatif 2019 dan kemudian mengadakan pilihan raya umum UK 2019 atas platform untuk menyelesaikan penarikan diri UK dari Kesatuan Eropah setelah kehilangan majoriti akibat pembelotan dan penggantungan ahli-ahli parlimen sendiri yang memberontak. Parti Konservatif memenangi majoriti terbesar mereka sejak tahun 1987, dan Johnson dapat meluluskan versi perjanjian penarikan balik May yang disemak semula.
Pandemik COVID-19 merebak di United Kingdom pada awal tahun 2020. Kerajaan memulakan sekatan kesihatan awam, termasuk batasan interaksi sosial. Namun, Johnson dan beberapa kakitangannya kemudian didapati telah melanggar sekatan-sekatan itu sehingga tercetusnya skandal Partygate. Kepimpinan Johnson telah dicirikan oleh rentetan kontroversi politik, yang juga digambarkan oleh sumber kewartawanan sebagai skandal, sejak beliau menjadi perdana menteri. Johnson memenangi undi percaya oleh ahli-ahli parlimen Parti Konservatif pada Jun 2022. Dari 5 hingga 7 Julai, berikutan skandal Chris Pincher, lebih daripada 60 menteri kerajaan, setiausaha swasta parlimen, utusan perdagangan, dan pengerusi parti meletak jawatan. Ini adalah siri terbesar peletakan jawatan sedemikian dalam sejarah British, dan banyak ahli parlimen yang menyokong Johnson sebelum ini meminta beliau untuk meletak jawatan. Ini membawa kepada krisis kerajaan. Pada 7 Julai, Johnson mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin parti tetapi akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pengganti dipilih.
Pengundian berlangsung antara 13 Julai dan 2 September. Selepas beberapa siri undian Ahli Parlimen, senarai calon telah dikecilkan kepada Liz Truss, Menteri Luar dan menteri wanita dan kesaksamaan di bawah kepimpinan Johnson, dan Rishi Sunak, yang berkhidmat sebagai menteri kewangan sehingga 5 Julai. Pada 5 September, Truss telah dipilih untuk mengetuai parti, dan menyandang jawatan perdana menteri pada 6 September. Dalam ucapannya, Truss mengucapkan terima kasih kepada Johnson dan menyatakan bahawa kerajaan baharunya akan mengurangkan cukai dan menangani krisis tenaga. Truss kemudiannya meletakkan jawatan hanya selepas 44 hari memegang jawatan.
Lapan calon telah dicalonkan pada 12 Julai, setelah melayakkan diri untuk pusingan pertama pengundian di kalangan Ahli Parlimen Konservatif dengan memperoleh sekurang-kurangnya 20 pencalonan:
Calon | Jawatan politik | Kempen | Tarikh diumumkan | Status kempen |
Pencadang/ penyokong |
Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
Kemi Badenoch |
Menteri Negara Kerajaan Tempatan, Kepercayaan dan Masyarakat (2021–2022) Ahli Parlimen Saffron Walden (2017–kini) |
Laman web |
8 Julai 2022 | Aktif | Lee Rowley Julia Lopez |
[1] |
Suella Braverman |
Peguam Negara England dan Wales (2020–kini) Ahli Parlimen Fareham (2015–kini) |
Laman web |
6 Julai 2022 | Tersingkir selepas pengundian kedua; kemudiannya menyokong Liz Truss | David Jones Miriam Cates |
[2][3][4] |
Jeremy Hunt |
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dan Penjagaan Sosial (2020–kini) Ahli Parlimen South West Surrey (2005–kini) |
Laman web |
9 Julai 2022 | Tersingkir selepas pengundian pertama; kemudiannya menyokong Rishi Sunak | Esther McVey Anthony Mangnall |
[5][6][7] |
Penny Mordaunt |
Menteri Negara Dasar Perdagangan (2021–kini) Ahli Parlimen Portsmouth North (2010–kini) |
Laman web |
10 Julai 2022 | Aktif | Andrea Leadsom Craig Tracey |
[8] |
Rishi Sunak |
Canselor Perbendaharaan (2020–2022) Ahli Parlimen Richmond (Yorks) (2015–kini) |
Laman web |
8 Julai 2022 | Aktif | Dominic Raab Mel Stride |
[9] |
Liz Truss |
Setiausaha Luar (2021–kini) Ahli Parlimen South West Norfolk (2010–kini) |
Laman web |
10 Julai 2022 | Aktif | Simon Clarke Thérèse Coffey |
[10] |
Tom Tugendhat |
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Hal Ehwal Luar Negeri (2017–kini) Ahli Parlimen Tonbridge and Malling (2015–kini) |
Laman web |
7 Julai 2022 | Aktif | Anne-Marie Trevelyan James Daly |
[11] |
Nadhim Zahawi |
Canselor Perbendaharaan (2022–kini) Ahli Parlimen Stratford-on-Avon (2010–kini) |
9 Julai 2022 | Tersingkir selepas pengundian pertama | Brandon Lewis Amanda Milling |
[12][6] |
Ahli-ahli Parlimen berikut pada awalnya mengumumkan bahawa mereka akan memimpin Parti Konservatif tetapi kemudiannya menarik diri daripada perlumbaan sebelum mereka boleh dicalonkan, kerana sokongan yang tidak mencukupi atau sebab lain:
Calon | Jawatan politik | Kempen | Tarikh umum | Tarik diri | Menyokong | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
Rehman Chishti |
Setiausaha Rendah Parlimen Hal Ehwal Luar, Komanwel dan Pembangunan (2022–kini) Ahli Parlimen Gillingham and Rainham (2010–kini) |
10 Julai 2022 | 12 Julai 2022 | Tom Tugendhat | [13][14][15] | |
Sajid Javid |
Setiausaha Negara Kesihatan dan Penjagaan Sosial (2021–2022) Ahli Parlimen Bromsgrove (2010–kini) |
Laman web |
9 Julai 2022 | 12 Julai 2022 | [5][16] | |
Grant Shapps |
Setiausaha Negara bagi Pengangkutan (2019–kini) Ahli Parlimen Welwyn Hatfield (2005–kini) |
9 Julai 2022 | 12 Julai 2022 | Rishi Sunak | [17][18] |
Ahli Parlimen Parti Konservatif berikut secara terbuka menolak diri mereka daripada bertanding:
Status calon | |
---|---|
Calon pada undi keahlian | |
Calon tersingkir semasa pengundian Ahli Parlimen | |
Calon menarik diri | |
Peristiwa | |
Boris Johnson mengumumkan peletakan jawatan | |
Pencalonan ditutup | |
Undi Ahli Parlimen | |
Dua calon terakhir diputuskan | |
Keputusan diumumkan |
Unable to compile EasyTimeline input:
Timeline generation failed: 5 errors found
Line 34: from:07/08/2022 till:08/23/2024 color:Active text:"Badenoch"
- Plotdata attribute 'till' invalid.
Date '08/23/2024' not within range as specified by command Period.
Line 36: from:07/10/2022 till:08/23/2024 color:Active text:"Mordaunt"
- Plotdata attribute 'till' invalid.
Date '08/23/2024' not within range as specified by command Period.
Line 38: from:07/08/2022 till:08/23/2024 color:Active text:"Sunak"
- Plotdata attribute 'till' invalid.
Date '08/23/2024' not within range as specified by command Period.
Line 40: from:07/10/2022 till:08/23/2024 color:Active text:"Truss"
- Plotdata attribute 'till' invalid.
Date '08/23/2024' not within range as specified by command Period.
Line 42: from:07/07/2022 till:08/23/2024 color:Active text:"Tugendhat"
- Plotdata attribute 'till' invalid.
Date '08/23/2024' not within range as specified by command Period.
Calon | Pengundian pertama ahli-ahli parlimen: 13 Julai 2022[39][40] |
Pengundian ke-2 ahli-ahli parlimen: 14 Julai 2022[41][40] |
Pengundian ke-3 ahli-ahli parlimen: 18 Julai 2022[40] |
Pengundian ke-4 ahli-ahli parlimen: 19 Julai 2022[42][40] |
Pengundian ke-5 ahli-ahli parlimen: 20 Julai 2022 |
Undian ahli | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi | % | Undi | +/− | % | Undi | +/− | % | Undi | +/− | % | Undi | +/− | % | Undi | % | |
Liz Truss | 50 | 14.0 | 64 | +14 | 17.9 | 71 | +7 | 19.8 | 86 | +15 | 24.1 | 113 | +27 | 31.6 | 81,326 | 57.4 |
Rishi Sunak | 88 | 24.6 | 101 | +13 | 28.2 | 115 | +14 | 32.1 | 118 | +3 | 33.1 | 137 | +19 | 38.3 | 60,399 | 42.6 |
Penny Mordaunt | 67 | 18.7 | 83 | +16 | 23.2 | 82 | −1 | 22.9 | 92 | +10 | 25.8 | 105 | +13 | 29.3 | Tersingkir | |
Kemi Badenoch | 40 | 11.2 | 49 | +9 | 13.7 | 58 | +9 | 16.2 | 59 | +1 | 16.5 | Tersingkir | ||||
Tom Tugendhat | 37 | 10.3 | 32 | −5 | 8.9 | 31 | −1 | 8.7 | Tersingkir | |||||||
Suella Braverman | 32 | 8.9 | 27 | −5 | 7.5 | Tersingkir | ||||||||||
Nadhim Zahawi | 25 | 7.0 | Tersingkir | |||||||||||||
Jeremy Hunt | 18 | 5.0 | Tersingkir | |||||||||||||
Undi dibuang[rounding 1] | 357 | 99.7 | 356 | −1 | 99.4 | 357 | +1 | 99.7 | 355 | −2 | 99.4 | 355 | 0 | 99.4 | ||
Undi rosak | 0 | 0.0 | 0 | 0 | 0.0 | 0 | 0 | 0.0 | 1 | +1 | 0.3 | 2 | +1 | 0.6 | ||
Berkecuali | 1 | 0.3 | 2 | +1 | 0.6 | 1 | −1 | 0.3 | 1 | 0 | 0.3 | 1 | 0 | 0.3 | ||
Pengundi berdaftar | 358 | 100.0 | 358 | 0 | 100.0 | 358 | 0 | 100.0 | 357 | −1 | 100.0 | 358 | +1 | 100.0 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.