Pembunuhan Wounded Knee
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ralat Lua pada baris 42 di Modul:Location_map: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/South Dakota#United States" does not exist.
Pembunuhan Wounded Knee atau Pertempuran Wounded Knee (bahasa Inggeris: Wounded Knee Massacrecode: en is deprecated )) adalah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan askar-askar Tentera Darat Amerika Syarikat terhadap beberapa ratus orang Lakota; ia berlaku pada 29 Disember 1890[1] berhampiran Wounded Knee Creek ( Lakota : Čhaŋkpé Ópi Wakpála ) di Rizab Pine Ridge di negeri Dakota Selatan, Amerika Syarikat. Kejadian ini berlaku berikutan kegagalan pihak detasemen Rejimen Kavaleri ke-7 AS diketuai Mejar Samuel M. Whitside melucutkan senjata pihak Lakota puak Miniconjou dan Hunkpapa pimpinan Uŋpȟáŋ Glešká berhampiran Porcupine Butte ke Wounded Knee Creek, sejauh 5 batu (8.0 km) arah barat.
Pihak Lakota cuba melarikan diri berikutan suatu pergelutan, namun askar-askar tentera Amerika Syarikat berjaya mengepung mereka dan segera menembak ke arah mereka. Lebih daripada 250 orang lelaki, wanita, dan anak-anak Lakota telah terbunuh dan 51 lagi cedera (4 lelaki dan 47 wanita dan kanak-kanak, beberapa di antaranya meninggal kemudian); ada yang menganggarkan bilangan mangsa korban setinggi 300 orang. Dua puluh lima orang askar juga terkorban manakala tiga puluh sembilan orang askar lain cedera (enam daripada mereka mati akibat luka dibawa);[2] dua puluh orang askar dianugerahkan Pingat Kehormatan.[3]
Pada tahun 2001, Kongres Nasional Indian Amerika meluluskan dua resolusi yang mengecam sambil menggesa pembatalan pengiktirafan ini. [4] Lokasi berlakunya pembunuhan ini telah dijadikan suatu Mercu Tanda Bersejarah Kebangsaan oleh Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. [5] Pada tahun 1990, kedua-dua dewan Kongres meluluskan resolusi formal yang menyatakan "penyesalan mendalam" atas pembunuhan itu.[6]