Pembinasa kelas Hobart
From Wikipedia, the free encyclopedia
KelasHobart adalah sebuah kelas pembinasa anti udara yang terdiri daripada tiga buah kapal yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Ia bertujuan untuk mengantikan frigat kelas-Adelaide dan mengembalikan keupayaan yang pernah dimiliki oleh pembinasa kelas-Perth bermula pada tahun 2000, yang diperolehi di bawah projek perolehan bernama SEA 1400, sebelum didesignasi semula sebagai SEA 4000. Meskipun designasi "Pembinasa Peperangan Udara" digunakan untuk menghuraikan kapal yang dikhususkan untuk mempertahankan pasukan tentera laut (termasuk aset-aset di darat) daripada serangan pesawat dan peluru berpandu, kapal-kapal pembinasa Australia ini juga dirancang untuk beroperasi dalam peranan anti-permukaan, anti kapal selam, dan sokongan tembakan tentera laut.
HMAS Hobart pada Disember 2017 | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Hobart |
Pembina: |
|
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Australia |
Didahului oleh: | Pembinasa kelas-Perth dan frigat kelas-Adelaide |
Kos: | |
Dibina: | 2009–2020 |
Dirancang: | 3 |
Aktif: | 3 |
Ciri-ciri umum (seperti rekaan) | |
Jenis: | Pembinasa peluru berpandu |
Sesaran: | 7,000 tonne (6,900 long ton; 7,700 short ton) muatan penuh |
Panjang: | 147.2 meter (483 ka) |
Lunas: | 18.6 meter (61 ka) maksimum |
Draught: | 5.17 meter (17.0 ka) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | Lebih 28 knot (52 km/j; 32 mph) |
Jarak: | Lebih 5,000 batu nautika (9,300 km; 5,800 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph) |
Anak kapal: |
|
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 × MH-60R Seahawk |
Rancangan untuk memperoleh Pembinasa Peperangan Udara Australia (nama kelas sehingga tahun 2006) berlanjutan sehingga pertengahan tahun 2000an, dengan pemilihan Sistem Tempur Aegis sebagai sistem tempur dan ASC Pty Ltd (ASC) sebagai kontraktor pembinaan kapal utama pada tahun 2005. Pada akhir tahun 2005, AWD Alliance telah ditubuhkan sebagai sebuah konsortium yang terdiri daripadao Defence Materiel Organisation (DMO), ASC, dan Raytheon. Antara tahun 2005 and 2007, konsep pembinasa kelas-Arleigh Burke Evolved oleh Gibbs & Cox dan frigat kelas-Álvaro de Bazán oleh Navantia telah bersaing dalam pemilihan untuk merekabentuk AWD. Meskipun rekabentuk Arleigh Burke adalah lebih besar dan berupaya, rekabentuk Álvaro de Bazán telah terpilih pada bulan Jun 2007 di sebabkan rekabentuk telah sedia ada, dan lebih murah serta, cepat dan kurang berisiko untuk dibina.
Tiga buah kapal telah dipesan pada bulan Oktober 2007, dan dihimpunkan di kemudahan milik ASC di Osborne, Australia Selatan, berdasarkan 31 modul pra-fabrikasi (atau 'blok'). Satu pilihan untuk membina pembinasa keempat telah dimasukkan di dalam kontrak asal, tetapi tidak digunakan. ASC, NQEA Australia, dan Forgacs Group telah dipilih pada bulan Mei 2009 untuk membina blok-blok tetapi dalam masa dua bulan, NQEA telah digantikan dengan BAE Systems Australia. Kesilapan pembinaan dan kelewatan mengakibatkan AWD Alliance mengagihkan semula kerja-kerja pembinaan pada tahun 2011, dengan beberapa modul akan dibina oleh Navantia. Peningkatan kelewatan menolak tarikh pentauliahan asal pada 2014-2016 sekurang-kurangnya tiga tahun, di mana kapal pertama Hobart akan diap menjelang bulan Jun 2017, Brisbane pada September 2018, dan Sydney menjelang Mac 2020. AWD Alliance, Navantia, dan limbungan-limbungan kapal yang terlibat telah dikritik kerana silap menganggarkan risiko, kos dan tempoh masa; kesalahan lukisan dan amalan pembinaan buruk mengakibatkan kesilapan pembuatan yang berulang-ulang; dan menyalahkan pihak lain. Konsep aliansi dicela kerana tiada struktur pengurusan atau entiti bertanggungjawab yang jelas, di mana pihak DMO juga bertindak sebagai pembekal, rakan pembinaan dan pelanggan bagi kapal pembinasa pada masa yang sama .[perlu rujukan]