Pemberontakan Tuareg (2012)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemberontakan Tuareg 2012 ialah pemberontakan yang dilancarkan oleh Gerakan Kebangsaan Pembebasan Azawad (MNLA) terhadap pemerintah Mali di wilayah Azawad.[24] MNLA dibentuk oleh bekas pemberontak dan pejuang Tuareg yang baru sahaja kembali dari Libya.[25]
Pemberontakan Tuareg (2012) | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Peta wilayah yang dituntut oleh pemberontak dan yang telah dikuasai pada 5 April 2012. | ||||||||
| ||||||||
Pihak yang terlibat | ||||||||
Mali Disokong oleh: ECOWAS Amerika Syarikat[5][6][7] |
MNLA Ansar Dine[8] MUJAO[9] Boko Haram[10] | FLNA[11][12] | ||||||
Komandan dan pemimpin | ||||||||
Amadou Toumani Touré (sehingga Mac) Sadio Gassama (sehingga Mac) El Haji Ag Gamou (sehingga Maret) Amadou Sanogo (sejak Mac 2012) |
Templat:Country data Azawad Mahmoud Ag Aghaly Iyad ag Ghaly[14] Omar Hamaha[15] |
Mohamed Lamine Ould Sidatt Housseine Khoulam[11] | ||||||
Kekuatan | ||||||||
7.000–7.800 tentera 4.800 paratentera 3.000 militia |
Ansar Dine: ~300[17] | ~500[11] | ||||||
Kerugian dan korban | ||||||||
Sekurang-kurangnya 160[18] maut (menurut Mali) 1.000–1.500+ tewas atau ditangkap[16] | 65 maut (menurut Mali)[19][20] | |||||||
~100.000 mengungsi ke luar negeri[21] 100.000+ terlantar di dalam negeri[22] Total: ~250.000[23] |
Pada 22 Mac, tepat sebulan sebelum pilihan raya umum, Presiden Amadou Toumani Touré dikudeta oleh Suruhanjaya Kebangsaan untuk Pemulihan Demokrasi dan Negara yang dibentuk oleh tentera Mali yang membangkang kerana dianggap tidak mampu meredakan pemberontakan.[26] Kudeta tersebut mengakibatkan kekacauan sehingga tiga bandar terbesar Mali di utara - Kidal, Gao, dan Timbuktu - jatuh ke tangan pemberontak dalam tiga hari berturut-turut.[27][28] Pada 5 April, setelah berjaya merebut Douentza, MNLA menyatakan tujuannya telah tercapai dan menghentikan serangannya. Esoknya, kemerdekaan Azawad dideklarasikan.[29]
Kelompok Islamis Ansar Dine juga turut serta dalam pemberontakan dan menuntut kekuasaan atas beberapa wilayah, yang tidak dipersetujui oleh MNLA. Kumpulan ini memberontak bukan untuk kemerdekaan, namun untuk penerapan undang-undang syariah di seluruh Mali.[21]
Setelah pertempuran menentang tentera Mali berakhir, berlaku konflik antara nasionalis dan Islamis Tuareg.[30] Pada 27 Jun, Islamis dari Movement for Oneness and Jihad in West Africa (MOJWA) menyerang MNLA dalam Pertempuran Gao, yang mengakibatkan ketua setiausaha MNLA Bilal Ag Acherif mengalami kecederaan dan kejatuhan Gao ke tangan mereka.[31] Pada 17 Julai, MOJWA dan Ansar Dine telah mengusir MNLA dari semua bandar besar.[32]