From Wikipedia, the free encyclopedia
Pembelajaran mesin ialah suatu bidang sains komputer yang menggunakan kaedah-kaedah statistik membolehkan sistem komputer "mempelajari" (yakni, mengingkatkan prestasi mengerjakan sesuatu tugasan tertentu) dengan data tanpa diprogramkan secara terang-terangan.[1] Aplikasi ini datangnya daripada kajian pengecaman pola dan teori pembelajaran pengkomputan dalam kecerdasan buatan.[2]
Pembelajaran ini meneroka pengkajian dan pembinaan algoritma yang boleh dipelajari serta peramalan data[3] – algoritma sebegini melepasi arahan program yang tegar dengan membuat ramalan atau keputusan berdasarkan data[4]:2 melalui pembinaan model daripada input contoh. Ia dipakaikan dalam pelbagai tugasan pengkomputan di mana perekaan dan pembinaan algoritma yang jelas sukar mahupun tidak boleh dibuat; misalnya penapisan e-mel, pengesanan unsur penceroboh yang membocorkan data,[5] pengecaman ciri optik (OCR),[6] dan sebagainya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.