From Wikipedia, the free encyclopedia
Pembawa Gentala, Penunggang Rata, Pemandu Kereta Kuda, Pengendara Kereta Kuda, atau Auriga (Aur) ialah salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Terletak ke utara khatulistiwa samawi, namanya dalam bahasa Latin bermaksud "pembawa gentala" atau "penunggang rata", mengaitkannya dengan beberapa orang penunggang rata dalam mitos, termasuklah Erikhthonios dan Myrtilos. Auriga adalah paling prominen semasa malam musim sejuk di Hemisfera Utara, bersama dengan lima buah buruj lain yang mempunyai bintang dalam asterisme Segi Enam Musim Sejuk. Oleh sebab sudut serong utaranya, Auriga hanya boleh dilihat secara keseluruhan sejauh 34° ke selatan; untuk pemerhati yang lebih jauh ke selatan, buruj ini terletak secara separa atau penuh di bawah ufuk. Sebagai buruj besar, dengan keluasan 657 darjah persegi, buruj ini adalah separuh daripada saiz buruj terbesar, Hydra (Ular Air).
Auriga | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Auriga |
Singkatan | Aur[1] |
Genitif | Aurigae |
Sebutan |
|
Simbolisme | Pembawa gentala |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
04j 37m 54.4293s–07j 30m 56.1899s[3] | |
Keserongan | 56.1648331°–27.8913116°[3] |
Keluarga | Perseus |
Keluasan | 657[4] darjah persegi (ke-21) |
Bintang | |
Bintang utama | 5, 8 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 65 |
Bintang dengan planet | 7 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 4 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 2 |
Bintang paling terang | Kapela (α Aur) (0.08m) |
Bintang terhampir | QY Aur[5] (20.74 tc, 6.36 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 3[6] |
Pancuran meteor |
|
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −40°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan hujung Februari hingga awal Mac. | |
sunting |
Bintang tercerahnya, Kapela, merupakan sistem berbilang bintang luar biasa antara bintang tercerah di langit malam. Beta Aurigae merupakan bintang berubah yang menarik dalam buruj ini; Epsilon Aurigae, bintang dedua gerhana dekat dengan tempoh yang sangat panjang, telah dikaji secara mendalam. Oleh sebab kedudukannya hampir dengan Bimasakti musim sejuk, Auriga mempunyai banyak gugusan terbuka cerah di dalam sempadannya, termasuk M36, M37, dan M38, sasaran-sasaran popular untuk ahli astronomi amatur. Sebagai tambahan, buruj ini mempunyai sebuah nebula prominen, Nebula Bintang Menyala, berkaitan dengan bintang berubah, AE Aurigae.
Dalam mitologi Cina, bintang-bintang Auriga disertakan dalam beberapa buah buruj, termasuk rata maharaja langit, dibentuk daripada bintang-bintang tercerah buruj moden ini. Auriga merumahkan sinaran untuk Pancuran Pembawa Gentala, Pancuran Pembawa Gentala Zeta, Pancuran Pembawa Gentala Delta, dan Pancuran Pembawa Gentala Iota yang dihipotesiskan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.