From Wikipedia, the free encyclopedia
Mistral adalah sebuah peluru berpandu permukaan ke udara panduan laser yang dikeluarkan oleh syarikat multinasional Eropah MBDA missile systems (dahulunya adalah Matra BAe Dynamics). Syarikat ini berpangkalan di SATCP (Sol-Air À Très Courte Portée) Perancis. Sistem yang awalnya adalah sejenis peluru berpandu mudah alih kemudian dikenali sebagai Mistral mula dibangunkan pada tahun 1974. Ia asalnya mula digunakan pada tahun 1988 (versi pertama) dan pada tahun 1997 (versi kedua atau M2).
Mistral | |
---|---|
Jenis | Peluru berpandu permukaan ke udara mudah alih |
Tempat asal | France |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1988 – kini |
Digunakan oleh | Lihat Pengguna |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | MBDA |
Pengeluar | MBDA |
Spesifikasi | |
Panjang | 1.86 m |
Diameter | 90 mm |
Krew | 1 |
Jarak tembakan efektif | sehingga 6 km |
Warhead | Letupan kuat dengan bebola tungsten berketumpatan tinggi |
Warhead weight | 2.95 kg |
Detonation mechanism | Letusan laser atau hentaman |
Enjin | Motor roket pepejal |
Kelajuan | 800 m/s, kira-kira Mach 2.6 |
Sistem pemanduan | Panduan inframerah |
Mistral mula dikeluarkan bermula pada tahun 1989 dan kini digunakan oleh lebih 37 buah angkatan tentera dari 25 buah negara (lapan buah negara Eropah, lapan buah negara Asia-Pasifik, lima buah Amerika Selatan, tiga buah di Timur Tengah), termasuk Austria, Belgium, Kor Marin Brazil, Chile, Colombia, Cyprus, Ecuador, Estonia, Finland, Perancis, Hungary, Indonesia, Maghribi, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Korea Selatan, Singapura, Sepanyol, dan Venezuela.
Kegunaan operasi Mistral terdiri daripada jumlah tembakan melebihi 2,000 buah peluru berpandu dengan kadar kejayaan 95% semasa latihan[1]
Peluru berpandu Mistral telah digunakan oleh tentera Rwanda dalam Perang Congo Kedua yang mana telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat BAe Hawk milik Tentera Udara Zimbabwea pada 23 Mac, 1999.[2]
Pada 26 September 2012 DCNS bertempat di kilang syarikat, Le Mourillon mengumumkan rancangan untuk mereka dan membina sebuah senjata pertahanan udara berasaskan kelongsong pada kapal selam yang berpanduan peluru berpandu Mistral. Konsep ini menyerupai Peluru Berpandu Luncuran Udara Lancaran Kapal Selam buatan Britain yang dibangunkan oleh Vickers pada tahun 1970-an dan diuji pada HMS Aeneas dan tiga buah kapal selam kelas-Gal.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.