From Wikipedia, the free encyclopedia
Pau López Sabata (sebutan Catalan: [ˈpaw ˈlopəs], lahir 13 Disember 1994) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Itali, Roma.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Pau López Sabata[1] | ||
Tarikh lahir | 13 Disember 1994 | ||
Tempat lahir | Girona, Sepanyol | ||
Ketinggian | 1.89 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Roma | ||
Nombor | 13 | ||
Kerjaya remaja | |||
2002–2007 | Girona | ||
2007–2013 | Espanyol | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2013–2014 | Espanyol B | 35 | (0) |
2014–2018 | Espanyol | 67 | (0) |
2016–2017 | → Tottenham Hotspur (pinjam) | 0 | (0) |
2018–2019 | Betis | 33 | (0) |
2019– | Roma | 3 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2016–2017 | Sepanyol B21 | 5 | (0) |
2018– | Sepanyol | 1 | (0) |
2015– | Catalonia | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10:03, 16 September 2019 (UTC) |
López menyertai kelab akademi Espanyol pada tahun 2007 ketika beliau baru berusia 12 tahun selepas berpindah dari kelab dari kampung halamannya, Girona FC.[2] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior ketika mewakili pasukan-B dalam divisyen Segunda División B pada musim 2013–14.
Pada 12 Jun 2014, López telah menandantangani kontrak selama empat tahun bersama Pericos serta beliau turut ditawarkan untuk beraksi bersama skuad utama.[3][4] Beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk skuad utama pada 17 Disember ketika menentang Deportivo Alavés dalam kempen Copa del Rey.[5] Beliau seterusnya menjadi pilihan pertama penjaga gol bagi pasukannya dalam kempen tersebut yang menyaksikan pasukannya mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama dalam masa sembilan tahun.[6][7]
López melakukan penampilan sulungnya di La Liga pada 1 Februari 2015 setelah penjaga gol Kiko Casilla telah dibuang padang pada minit ke-40 semasa aksi menentang Sevilla namun perlawanan berkesudahan dengan kekalahan 2-3. [8] Selepas pemergian Casilla ke Real Madrid pada musim panas, beliau menjadi penjaga gol utama pasukan.[9]
Pada 31 Ogos, beliau telah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris,Tottenham Hotspur secara pinjaman selama satu musim penuh.[10] Beliau telah diletakkan sebagai penjaga gol ketiga Spurs di belakang Hugo Lloris dan Michel Vorm. Beliau seterusnya tidak diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk kelab.[11]
Selepas kembali ke Espanyol, López terus menjadi pilihan pertama penjaga gol pasukan ketika di bawah kendalian pengurus baru, Quique Sánchez Flores.[12][13]
Pada 4 Julai 2018, López telah menandantangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Real Betis menerusi perpindahan percuma.[14] Di bawah bimbingan jurulatih Quique Setién, beliau hanya terlepas lima perlawanan liga ketika musim sulungnya bersama kelab Andalusia itu serta membantu kelab tersebut untuk menghuni tangga kesepuluh La Liga.[15]
López berpindah ke kelab Itali, Roma pada 9 Julai 2019 menerusi perpindahan yang dilaporkan bernilai €23.5 juta.[16][17]
López telah melakukan penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa pada 26 Disember 2015 ketika mewakili pasukan Catalonia dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Basque. Dalam perlawanan itu, beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan walaupun pasukannya tewas 1–0.[18]
Pada 17 Mei 2016, López bersama rakan sepasukannya di Espanyol, Marco Asensio telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Bosnia dan Herzegovina.[19] Namun, beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk Sepanyol pada dua tahun kemudian ketika beliau menggantikan Kepa Arrizabalaga pada minit ke-75 aksi menentang pasukan lawan yang sama di Las Palmas.[20]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah[nb 1] | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Espanyol B | 2013–14 | 35 | 0 | — | 35 | 0 | |||
Espanyol | 2014–15 | 2 | 0 | 8 | 0 | — | 10 | 0 | |
2015–16 | 36 | 0 | 2 | 0 | 38 | 0 | |||
2017–18 | 29 | 0 | 1 | 0 | 30 | 0 | |||
Jumlah | 67 | 0 | 11 | 0 | — | 78 | 0 | ||
Tottenham Hotspur | 2016–17 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Real Betis | 2018–19 | 33 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 35 | 0 |
Roma | 2019–20 | 3 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 |
Jumlah kerjaya | 138 | 0 | 11 | 0 | 2 | 0 | 151 | 0 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.