Patek Philippe SA
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Patek Philippe SA ialah pengeluar jam tangan dan jam dinding mewah Switzerland yang ditubuhkan pada tahun 1839, di Kanton Geneva dan Vallée de Joux.[2] Sejak 1932, Patek Philippe dimiliki oleh keluarga Stern Switzerland.[3] Ia merupakan salah satu pengeluar jam tangan tertua di dunia, dan telah membuat jam sejak pertama kali ditubuhkan.[4][5][6] Patek Philippe mereka dan menghasilkan semua komponen jamnya sendiri. Syarikat ini memiliki lebih dari 400 kedai dan lebih dari sedozen pusat pengedaran di Asia, Eropah, Amerika Utara, dan Oceania. Pada tahun 2001, syarikat ini membuka Muzium Patek Philippe di Geneva.[7][8][9]
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Pembuatan jam mewah |
Ditubuhkan | 1839 (Patek, Czapek & Cie.) 1845 (Patek & Cie.) 1851 (Patek, Philippe & Cie.) |
Pengasas | Antoni Patek Franciszek Czapek Adrien Philippe |
Ibu pejabat | Plan-les-Ouates, Kanton Geneva, Switzerland |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Philippe Stern, Presiden Kehormat Thierry Stern, Presiden Claude Peny, CEO |
Keluaran | Jam tangan, jam dinding |
Hasil pengeluaran | 62.000 (2018)[1] |
Hasil | ▲ 1,3 bilion CHF (2017) |
Pemilik | Philippe Stern |
Bilangan kakitangan | 2.000+ |
Anak syarikat | The Henri Stern Watch Agency Inc.
Patek Philippe Salon Ltd Patek Philippe France, etc. |
Tapak web | patek |
sunting · sunting di Wikidata |
Patek Philippe juga dikenali sebagai salah satu pengeluar jam tangan paling berprestij di dunia.[3][10][11][12][13] Tokoh terkenal yang memakai jam tangan Patek Philippe antara lain Ratu Victoria, Ratu Elizabeth II, Paus Pius IX, Marie Curie, Albert Einstein, John F. Kennedy, Nelson Mandela, Pablo Picasso, Pyotr Tchaikovsky, dan Leo Tolstoy.[14][15][16][17][18] Sehingga Jun 2019, diantara sepuluh jam tangan termahal yang pernah terjual di dalam lelongan, tujuh di antaranya merupakan buatan Patek Philippe. Salah satunya Patek Philippe Henry Graves Supercomplication, jam tangan mekanik paling rumit di dunia hingga 1989, yang terjual pada hharga US$24 juta (23.237.000 CHF) di Geneva pada 11 November 2014.[19][20][21]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.