Pasukan bola sepak kebangsaan India
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pasukan bola sepak kebangsaan India merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara India. Pasukan ini dikendalikan oleh Persekutuan Bola Sepak Seluruh India.
Gelaran | The Blue Tigers | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Persekutuan Bola Sepak Seluruh India | ||
Sub-konfederasi | SAFF (Asia Selatan) | ||
Konfederasi | AFC (Asia) | ||
Ketua jurulatih | Igor Štimac | ||
Kapten | Sunil Chhetri | ||
Kaps terbanyak | Sunil Chhetri (146)[1] | ||
Penjaring terbanyak | Sunil Chhetri (93)[1] | ||
Kod FIFA | IND | ||
Kedudukan FIFA | 124 ▼ 3 (20 Jun 2024)[2] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 94 (Februari 1996) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 173 (Mac 2015) | ||
Kedudukan Elo | 162 ▼ 18 (21 Jun 2024)[3] | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Pra-kemerdekaan: Australia 5–3 India (Sydney, Australia; 3 September 1938) Pasca merdeka: India 1–2 Perancis (London, England; 31 Julai 1948) | |||
Kemenangan terbesar | |||
India 7–0 Sri Lanka (Banglore, India; 7 Disember 1963) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Kesatuan Soviet 11–1 India (Moscow, Kesatuan Soviet; 16 September 1955) | |||
Piala Asia | |||
Kemunculan | 5 (Kali pertama pada 1964) | ||
Keputusan terbaik | Naib Juara (1964) |
Pasukan ini pernah layak ke Piala Dunia FIFA 1950. Namun terdapat segelintir pemain yang tidak mahu menggunakan kasut untuk bermain bola sepak. Kerana masalah tersebut, India terpaksa menarik diri.
Pada Sukan Olimpik Melbourne 1956, India mendapat tempat keempat. India juga muncul pemenang pingat emas pada Sukan Asia 1951 dan 1962. Pada Piala Asia 1964, India muncul naib juara. Era 50-an hingga 60-an ini dianggap sebagai detik emas bola sepak India.
Pada masa kini, India muncul selaku pemenang Piala Cabaran AFC 2008. India juga berjaya layak ke Piala Asia 2011 di Qatar buat kali pertama sejak 1984.