![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/05/JASDF_emblem.svg/langms-640px-JASDF_emblem.svg.png&w=640&q=50)
Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun (航空自衛隊code: ja is deprecated , Kōkū Jieitai), JASDF, juga dirujuk sebagai Tentera Udara Jepun,[3] adalah cabang peperangan udara bagi Angkatan Pertahanan Diri Jepun, bertanggungjawab bagi pertahanan ruang angkasa Jepun dan bagi operasi aeroangkasa yang lain.[4]JASDF menjalankan rondaan tempur udara di sekeliling Jepun, termasuk juga mengekalkan sistem radar amaran awal rangkaian udara dan darat. JASDF juga memiliki pasukan aerobatik yang dikenali sebagai Blue Impulse. Baru-baru ini, JASDF telah terlibat dalam menyediakan pengangkutan udara dalam beberapa misi menjaga keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun | |
---|---|
航空自衛隊 | |
![]() | |
Ditubuhkan pada | 1 Julai 1954; 70 tahun yang lalu (1954-07-01)[1] |
Negara | ![]() |
Jenis | Tentera udara |
Peranan | Peperangan udara |
Saiz | 50,324 anggota (2013)[2] 777 pesawat |
Sebahagian daripada | ![]() |
Pangkalan | Ichigaya, Shinjuku, Tokyo, Jepun |
Moto | "Key to Defense, Ready Anytime!" |
Laman web | www |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi | PM Shinzō Abe |
Menteri Pertahanan | Tarō Kōno |
Ketua Turus, Staf Bersama | Jeneral Kōji Yamazaki |
Ketua Turus Udara | Jeneral Yoshinari Marumo |
Tanda kebesaran | |
Roundel | ![]() ![]() |
Bendera | ![]() |
Pesawat terbang | |
Penyerang | F-2, F-35A, F-4EJ |
Peperangan elektronik | E-767, EC-1, E-2C, EC-2 |
Pejuang | F-4EJ, F-15J/DJ, F-2, F-35A |
Helikopter | UH-60J, CH-47J |
Pemintas | F-15J |
Pelatih | F-15DJ, T-7, T-400, T-4 |
Pengangkut | C-1, C-2, KC-767J, C-130H, Boeing 747-400, Boeing 777-300ER |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1a/Air_Defense_Identification_Zone_of_Japan3.png/640px-Air_Defense_Identification_Zone_of_Japan3.png)
JASDF memiliki kekuatan seramai 45,000 anggota dan kira-kira 350 buah pesawat tempur dari jumlah keseluruhan 769 pesawat tentera pada 2005. Formasi-formasi garisan hadapan termasuk 3 skuadron serangan darat, 9 skuadron pesawat pejuang, satu skuadron pengawasan dan 5 skuadron pesawat pengangkut.[5]