Passang Tshering
Pemain bola sepak Bhutan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Passang Tshering (lahir 16 Julai 1983) merupakan pemain bola sepak Bhutan. Passang bermain sebagai penyerang untuk Transport United, Druk Star dan Zimdra. Dia sekarang bermain untuk kelab Divisyen-A Bhutan, Thimphu City.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Passang Tshering | ||
Tarikh lahir | (1983-07-16) 16 Julai 1983 (umur 40) | ||
Tempat lahir | Thimphu, Bhutan | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 8 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang/Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Thimphu City | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2008 | Transport United | ||
2009–2011 | Druk Star | ||
2011–2013 | Zimdra | ||
2013– | Thimphu City | ||
Pasukan kebangsaan | |||
2003– | Bhutan | 19 | (5) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Pada tahun 2007, dia memenangi gelaran penjaring terbanyak Divisyen-A.[1] Pada 4 Ogos 2007, Passang Tshering boleh tercatat dalam sejarah bola sepak kerana tiga sebab: menjaringkan gol hatrik dalam tiga minit, menjaringkan sembilan gol dalam separuh masa kedua (45 minit), dan menjaringkan gol paling banyak dalam satu perlawanan, 17. “Saya tidak menjangka akan menjaringkan 17 gol", Passang Tshering berkata kepada Kuensel. "Tetapi tiada sebab untuk saya raikan atau berasa bangga kerana kami bermain menentang pasukan lemah.” Bertanya jika rekod Passang Tshering akan diiktiraf, penyelaras Dinesh Chhetri berkata ia cuma liga kebangsaan dan akan susah untuk badan bola sepak rantau atau antarabangsa untuk mengiktirafnya. “walaupun rakan sepasukan merancangnya untuk menjaringkan gol untuk menjadikannya penjaring gol tertinggi”, kata Dinesh.
Passang merupakan ahli pasukan kebangsaan Bhutan.