Paskah Yahudi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pesakh atau Paskah (bahasa-bahasa Ibrani dan Yiddish: פֶּסַח Pesach, Tiberia: [pesaħ] ( dengar), Ibrani Moden: Pesah, Pesakh, Yiddish: Peysekh, Paysakh; bahasa Inggeris: Passovercode: en is deprecated ) adalah sebuah hari suci dan perayaan disambut masyarakat Yahudi dan Samaritan yang memperingati keadaan gawat dihadapi bani Israel yang ditindas dan diperhambakan semasa Mesir Purba sehingga terpaksa melarikan diri.
Pesakh Passover | |
---|---|
Nama rasmi | Ibrani: פסח (Pesach) |
Diraikan oleh/di | Yahudi, Samaritan |
Jenis | Salah satu Shlosha Regalim |
Kepentingan | Merayakan Eksodus, pembebasan dari perhambaan Bani Israel dari Mesir kuno yang mengikuti Sepuluh Wabak. Permulaan 49 hari Pengiraan Omer |
Sambutan | Dalam amalan Yahudi, satu atau dua jamuan raya - dua malam pertama; sewaktu zaman Kuil Suci, Pesakh Korban. Dalam amalan Samaritan, lelaki berkumpul untuk suatu upacara keagamaan di Gunung Gerizim yang termasuk Korban Pesakh. |
Bermula | hari ke-15 Nisan |
Tamat | hari ke-21 Nisan di Israel, dan di kalangan sesetengah diaspora Yahudi liberal; hari ke-22 Nisan di luar Israel di kalangan diaspora Yahudi yang lebih tradisional. |
Tarikh | 15 Nisan, 16 Nisan, 17 Nisan, 18 Nisan, 19 Nisan, 20 Nisan, 21 Nisan, 22 Nisan |
Berkaitan dengan | Shavuot ("Pesta Berminggu-minggu") yang mengikuti 49 hari dari malam kedua Pesakh. |
Pesakh bermula pada hari ke-15 pada bulan Nisan (sama dengan Mac dan April dalam takwim Gregory), bulan pertama takwim Ibrani menurut dengan Bible Ibrani.[1]
Dalam kisah Eksodus, Bible menceritakan bahawa YHWH menurunkan sepuluh wabak ke atas rakyat Mesir sebelum Firaun membebaskan hamba-hamba Ibraninya, dengan wabak kesepuluh membunuh semua anak kelahiran pertama, dari anak lelaki Firaun hingga ke anak kelahiran pertama tawanan penjara, ke anak kelahiran pertama lembu. Orang Ibrani telah diarah untuk menandakan pintu rumah mereka dengan darah biri-biri dan, dengan melihat ini, "roh Tuhan" melintasi rumah ini, oleh itu memberikan istilah "pesakh".[2] Apabila Firaun membebaskan orang Ibrani, dikatakan bahawa mereka lari dalam keadaan terburu-buru hingga mereka tidak dapat menunggu untuk roti menaik. Untuk memperingatinya, bagi sambutan Pesakh, tiada roti naik dimakan yang membuatkannya digelar "Perayaan Roti Tidak Menaik".[3] Matza (roti leper/tidak menaik) adalah simbol asas perayaan ini.
Paskah adalah salah satu dari tiga perayaan ziarah (Shalosh Regalim, selain Shavuot dan Sukkot) sewaktu mana keseluruhan penduduk Yahudi mengikut sejarah melakukan ziarah ke Kuil Suci Jerusalem. Samaritan masih membuat ziarah ini ke Gunung Gerizim, tetapi hanya lelaki yang menyertai dalam penyembahan awam.[4][5]