From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Kemajuan Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysia Advancement Party , Tamil: மலேசிய முன்னேற்றக் கட்சி, rumi: Malēciya Muṉṉēṟṟak Kaṭci ; abbrev: MAP) merupakan sebuah parti politik yang khusus mewakili komuniti / masyarakat india di Malaysia.
Parti Kemajuan Malaysia Malaysia Advancement Party மலேசிய முன்னேற்றக் கட்சி MAP | |
---|---|
Singkatan | MAP |
Presiden | P. Waytha Moorthy |
Pengasas | P. Waytha Moorthy |
Ditubuhkan | 16 Julai 2019 |
Ideologi | Egalitarianisme Humanisme |
Warna | Kuning, putih, merah & ungu |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sabah: | 0 / 60 |
Laman sesawang | |
www | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
MAP ditubuhkan oleh Yang Berhormat Tuan Senator P. Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri portfolio Menteri Perpaduan Nasional dan Sosial. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi HINDRAF.[1][2]
Beliau telah menghantar permohonan ke Ros Malaysia pada bulan September 2018 dan sah didaftarkan sepenuhnya pada 16 Julai 2019.[3] Waytha Moorthy mengumumkan kepada umum sejurus pengesahan pendaftaran diluluskan.[4]
Kemudian, beliau mengumumkan meninggalkan HINDRAF bagi menumpukan sepenuhnya hala tuju parti serta kepimpinan yang baharu.[5][6][7]
Objektrif utama MAP ialah melindungi, menyokong dan memajukan masyarakat india Malaysia dalam pelbagai sektor seperti politik, ekonomi, pendidikan, sukan, sosial, warisan dan budaya dan keagamaan. [8]
Beliau juga mengesahkan MAP akan bekerjasama dengan semua parti komponen di dalam Pakatan Harapan bagi merealisasikan kerajaan Malaysia Baru pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.[4][5][9][10][11][12][13][14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.