bekas parti politik Malaysia di Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Demokratik Sabah (PDS) atau Sabah Demokratic Party ialah sebuah parti politik Kadazandusun Murut yang ditubuhkan oleh wakil-wakil Rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah, Malaysia yang diketuai Tan Sri Bernard Dompok, selepas kejatuhan kerajaan PBS pada Mac 1994.
Parti Demokratik Sabah | |
---|---|
Presiden | Tan Sri Bernard Dompok |
Pengasas | Wakil-wakil Rakyat Parti Bersatu Sabah |
Diasaskan | Mac 1994 |
Dibubarkan | 8 Ogos 1999 |
Ibu pejabat | Sabah, Malaysia |
Slogan | Misompuru Tokou Wagu Mari Kita Bersatu Kembali (Let Us Be United Again) |
Disebabkan PDS telah gagal untuk menyatukan seluruh kaum Kadazandusun Murut (KDM) dalam sebuah parti politik, Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS pada 28 Julai 1999 dengan sebulat suara bersetuju untuk membubarkan PDS. Keputusan ini menyusul kegagalan kaum KDM untuk mengundi Tan Sri Bernard Dompok, Presiden PDS, dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Dalam Kongres PDS yang ke-5 pada 8 Ogos 1999, yang diadakan di Tempat Peranginan Tanjung Aru Shangri-La, para perwakilan bersetuju untuk mengorbankan PDS untuk menghidupkan semula Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).
Keputusan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah menyusul Resolusi Seri Gaya pada 14 Mac selepas pucuk pimpinan Barisan Nasional mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan menerima Parti Bersatu Sabah sebagai parti komponen Barisan Nasional tanpa mengira sama ada Datuk Joseph Pairin masih memimpin parti itu atau tidak. Penolakan ini diakibatkan oleh peninggalan PBS secara tiba-tiba daripada Barisan Nasional lima hari sebelum pembuangan undi semasa pilihan raya umum pada tahun 1990.
Oleh itu, Wakil-wakil Rakyat PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan untuk perjuangan politik kaum Kadazandusun Murut. Dengan tema "Kesinambungan Pembangunan Sosio-ekonomi", PDS memperjuangkan pembangunan sosio-ekonomi kaum Kadazandusun Murut sebagai salah satu daripada sumbangan mereka dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. PDS telah mengorak langkah ke arah matlamat tersebut dengan cara menubuhkan pertubuhan-pertubuhan seperti berikut:
Di bawah pimpinan Tan Sri Bernard Dompok, dan berikutan pelantikan beliau kepada Kabinet Persekutuan pada tahun 1994, PDS berjaya mengerakkan Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan Bahasa Kadazandusun sebagai sebuah bahasa yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan. Mercu kejayaan PDS ialah pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-11 pada tahun 1998 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.
Bagaimanapun, PDS masih gagal untuk menyatukan seluruh kaum KDM dalam sebuah parti politik. Ini terbukti apabila para pengundi KDM, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri N 16 Moyog, tidak menyokong dan tidak mengundi Tan Sri Bernard Dompok, selaku Presiden PDS dalam Pilihan Raya Umum pada Mac 1999. Akibatnya, perkhidmatan Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah selama tempoh dua tahun, turut terhenti.
Pada 28 Julai 1999, Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS bersetuju dengan sebulat suara untuk mengorbankan PDS bagi menghidupkan semula Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (1964-1967) dengan perubahan nama sedikit sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu tetapi mengekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO. Dalam Kongres PDS yang ke-5 pada 8 Ogos 1999, para perwakilan juga bersetuju dengan keputusan itu. Bendera PDS kemudian diturunkan dan pada masa yang sama, bendera UPKO dinaikkan.
Majlis pelancaran pada 30 Oktober 1999 telah diadakan di Ranau kerana menurut legenda, Nunuk Ragang yang terletak di daerah Ranau merupakan asal-usul masyarakat KDM. Lagipun lambang UPKO, iaitu Gunung Kinabalu, juga terletak di Ranau. Surat-surat penghargaan juga dikirimkan oleh Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, kepada melebihi 50 pemimpin veteran UPKO, sama ada mereka masih hidup atau tidak, dan tanpa mengira ideologi politik mereka. Antara kesan pelancaran itu ialah kembalinya beberapa pemimpin veteran UPKO, termasuk Tan Sri Sufian Koroh, Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri Panglima Fred Jinu. Sebilangan mereka kemudiannya dilantik menjadi anggota Majlis Penasihat Adat UPKO.
Dengan pelancaran UPKO, bermula jugalah kesinambungan perjuangan parti PDS untuk menyatukan bangsa KDM dalam satu gagasan perjuangan politik melalui Kerajaan Barisan Nasional dengan tema Misompuru Tokou Wagu ("Mari Kita Bersatu Kembali").
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.