From Wikipedia, the free encyclopedia
Papirus Ani ialah sebuah lembaran manuskrip papirus dengan hieroglif kursif dan ilustrasi berwarna yang dibuat sekitar tahun 1250 SM, semasa Dinasti Kesembilan Bleas Kerajaan Baru Mesir purba. Orang Mesir yang tertentu dibuatkan buku khas selepas mereka meninggal dunia, dipanggil Kitab Mara demi Hari, lebih dikenali lagi sebagai Kitab Orang Mati, dan biasanya mengandungi pengisytiharan dan mantera untuk membantu si mati di hidup selepas mati. Papirus Ani ialah manuskrip yang disusun untuk seorang jurutulis dari Thebes bernama Ani; ia kini berada di Muzium British.
Rencana ini mempunyai senarai rujukan umum, tetapi kekurangan nota kaki pada pada kenyataan yang dipetik. (November 2012) |
Papirus Ani | |
---|---|
Bahan | Papirus |
Saiz | Panjang: 67 cm (26 in) (bingkai)
Lebar: 42 cm (17 in) (bingkai) |
Tulisan | Hieroglif |
Dicipta | ~1250 SM |
Tempoh/budaya | Dinasti ke-19 |
Tempat | Makam Ani |
Lokasi sekarang | Muzium British, London |
Identifikasi | 10470,3 |
Pendaftaran | 1888,0515.1.3 |
Lembaran itu ditemui di Luxor pada tahun 1888 oleh orang Mesir yang menjual barang antik haram. Ia diperoleh oleh EA Wallis Budge, seperti yang diterangkan dalam autobiografinya By Nile and Tigris. Tidak lama selepas Budge mula-mula melihat papirus itu, polis Mesir menangkap beberapa peniaga barang antik dan menutup rumah mereka—salah sebuah menyimpan barang-barang yang Budge beli daripada peniaga itu. Budge mengalihkan perhatian polis-polis dengan mempelawa mereka makan sementara peniaga-peniaga itu menggali terowong di bawah dinding rumah itu dan ambil barangan mereka, termasuk Papirus Ani. Disimpan dalam beberapa kotak timah khas, papirus dan objek-objek lain yang Budge peroleh kemudiannya diseludup kepada pustakawan utama di Muzium British.[1]
Budge kemudiannya dibayar "ganjaran" 150GBP daripada Perbendaharaan British bagi pihak Muzium British kerana memperoleh papirus itu.[2]
Ia dianggap contoh Kitab Orang Mati yang terbaik yang masih wujud.
Bahagian | Seksyen | Tajuk |
---|---|---|
01 | 16 | Lagu puji-pujian |
02 | 36 | Pujian Khert-Neter |
03 | 08 | Tujuh Arits |
04 | 10 | Tonggak-tonggak Rumah Osiris |
05 | 05 | Ucapan-ucapan |
06 | 22 | Salam Thoth |
07 | 32 | Koleksi Bab 1 |
08 | 20 | Penghormatan |
09 | 19 | Pelbagai (Lagu pujian, Sembah, Hormat, Bab, Rubrik) |
10 | 18 | Koleksi Bab 2 |
11 | 20 | Teks Dewan Pengebumian |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.