From Wikipedia, the free encyclopedia
Pangsapuri atau apartmen (Jawi: ڤڠساڤوري، اڤارتمنت) merupakan unit perumahan lengkap diri (sejenis harta tanah tempat tinggal yang merangkumi hanya sebahagian daripada bangunan. Bangunan sebegitu boleh dipanggil bangunan apartment, rumah pangsa, blok bangunan flat atau, kadang-kala blok rumah agam, terutamanya sekiranya ia terdiri daripada banyak unit untuk disewa. Apartment boleh dimiliki oleh pemilik/penduduk atau disewa oleh penyewa (dua jenis tempoh perumahan).
Istilah apartment digemari di Amerika Utara, manakala istilah flat biasanya, tetapi tidak ekslusif, digunakan di United Kingdom, Singapura, Hong Kong dan kebanyakan negara Komanwel.
Di Malaysia, flat sering kali digunakan bagi merujuk blok perumahan 2 bilik dengan tangga, tanpa lift, tanpa kemudahan, biasanya 5 tingkat dengan ruang pakir terbuka, yang disasarkan kepada kelompok berpendapatan rendah, sementara apartment digunakan sebagai istilah meluas bagi perumahan dengan kemudahan (seperti kolam mandi) dan tempat pakir berbumbung dan turut merakumi kondominium mewah.
Di Australia, istilah apartment memiliki makna sama seperti di A.S., manakala flat lazimnya merujuk kepada mana-mana hartanah untuk disewa, terutamanya yang dikongsi oleh pelajar atau kumpulan bukan keluarga.
Akta Sewa Beli merujuk pada asas feudal bagi harta tanah seperti tanah atau sewa. Ia boleh dijumpai bersama dengan Penyewa atau Messuage bagi merangkumi kesemua tanah, bangunan dan harta tanah yang lain. Di Malaysia, ia terletak di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212)[1]
Di Amerika Syarikat dan Kanada, sesetengah penduduk pangsapuri memiliki pangsapuri mereka sendiri, samaada sebagai co-ops, di mana penghuni memiliki saham kooperasi yang memiliki bangunan atau pemaju; atau dalam kondominium, di mana penghuni memiliki pangsapuri mereka dan berkongsi hakmilik bagi ruang awam. Kebanyakan pangsapuri adalah bangunan yang dibina khusus bagi tujuan itu, tetapi rumah lama yang besar kadang-kala dipecahkan menjadi pangsapuri. Perkataan pangsapuri membawa erti unit kediaman atau bahagian dalam bangunan. Disesetengah lokasi, terutamanya di Amerika Syarikat, perkataan pangsapuri bererti unit sewa yang dimiliki oleh pemilik bangunan, dan biasanya tidak digunakan bagi kondominium.
Di UK, sesetengah pemilik rumah flet memeiliki saham dalam syarikat yang memiliki pegangan bebas bangunan. Ini biasanya dikenali sebagai flet "saham pegangan bebas". Syarikat pegangan bebas memiliki hak bagi mengutip sewa tanah tahunan dari setiap pintu pemilik flet dalam bangunan. Syarikat pegangan bebas juga turut membangunkan atau menjual bangunan, tertakluk pada perancangan dan perundangan biasa yang mungkin dikenakan.
Di sesetengah negara perkataan unit merupakan istilah umum yang merujuk pada kedua-dua pangsapuri dan sewa alamat perniagaan Suite. Perkataan ini digunakan hanya dari segi konteks bangunan khusus; contohnya, "Bangunan ini memiliki tiga unit " atau "Saya akan menyewa satu unit di bangunan ini ", tetapi tidak bagi "Saya akan menyewa satu unit di tempat lain." Di Australia, satu unit merujuk pada flet, pasangpuri atau malah rumah semi D (“semi-detached”). Sesetengah bangunan boleh dicirikan sebagai bangunan kegunaan bercampur, bererti sebahagian dari bangunan itu adalah untuk kegunaan perdagangan, perniagaan, atau pejabat, biasanya pada tingkat pertama atau beberapa tingkat pertama, dan terdapat satu atau lebih pangsapuri di bahagian bangunan selebihnya, biasanya di tingkat atas.
Apabila tiada penyewa menduduki pangsapuri, pemilik pangsapuri atau tuan rumah dikatakan memiliki kekosongan. Bagi pemberi sewa, setiap kekosongan mewakili kerugian pendapatan dari pembayar sewa dari tempoh pangsapuri kosong (contoh. Tidak diduduki). Matlamat pemberi sewa sering kali bagi mengurangkan kadar kekosongan bagi unit mereka. Pemilik pangsapuri, biasanya apabila memindak milik pada penyewa, memberikan mereka kunci pada pintu masuk pangsapuri beserta sebarang kunci lain, seperti kunci bersama pada bangunan atau sebarang ruang bersama dan kunci kotak surat. Apabila penyewa keluar, kunci ini biasanya dipulangkan pada pemilik.
Sesetengah bangunan pangsapuri memiliki tahap keselamatan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, untuk memasuki bangunan keselamatan tinggi, seseorang itu perlu mengesahkan kad pintar mereka di pintu pagar. Manakala di sesetengah pangsapuri, kad pintar diperlukan untuk mengaktifkan lif. Selain itu, sebahagian rumah pangsa memiliki jeriji sebelum pintuk masuk ke apartment. Langkah keselamatan 2 atau 3-lapisan ini dalam kebanyakan kes akan menghalang serangan rumah dan kecurian. Sesetengah bangunan juga memiliki pengawal dan penjaga pintu bagi mengawal premis. Banyak pangsapuri moden kelas atasan memiliki videofon, membolehkan penghuni melihat dan memastikan identiti tetamu di pintu masuk bangunan sebelum membenarkan mereka masuk.
Bangunan lebih 4-7 tingkat mempunyai kesan tenaga / m2 lebih rendah berbanding serdahana tinggi / tinggi lebih daripada 7 tingkat. Terdapat seolah-olah menjadi keseimbangan dengan banyak pembolehubah lain dalam analisis kitaran hayat yang mencadangkan bahawa 7 tingkat (sekitar lima puluh unit kediaman setiap hektar merupakan penggunaan pengangkutan petroleum optimum (Kenworthy)) merupakan ketumpatan optimum di kawasan bandar T1, bandar Paris menjadi contoh (Mehaffy). Bangunan yang tidak memerlukan lif (sekitar 4 tingkat walaupun ia boleh menjadi lima dengan dua tingkat pangsapuri akhir (maisonette)) biasanya lebih cekap tenaga. Nota ini adalah bergantung kepada keperluan capaian negara tertentu.
Bangunan tinggi menghasilkan bayangan yang luas pada bangunan berdekatan dengan itu mengurangkan jumlah cahaya matahari yang sampai ke situ. Ia turut memberi bayang pada ruang awam, mengurangkan nilai "amenity" dan yang merupakan sumber bernilai dalam bandar kepadatan serdahana. Gelodak angin juka mungkin masalah besar pada aras tanah jika reka bentuk tidak mengambil kira faktor tersebut. Bayu dingin yang biasa pada musim panas juga mungkin terhalang bagi bangunan berdekatan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.