![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ea/H1N1_navbox.jpg/640px-H1N1_navbox.jpg&w=640&q=50)
Pandemik selesema 1918
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pandemik selesema 1918 (biasanya disebut Selesema Sepanyol) merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia. Pandemik merupakan yang pertama disebabkan oleh virus influenza A subjenis H1N1. Kebanyakan yang mati akibat selsema ini adalah para belia, berbeza dengan kebanyakan wabak selsema lain, yang meragut nyawa kanak-kanak, orang tua dan pesakit-pesakit lain yang daya tahannya kurang.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e2/Spanish_flu_death_chart.png/640px-Spanish_flu_death_chart.png)
Selsema Sepanyol terjadi dari Februari 1918 hingga April 1920,[1] dan tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik. Diperkirakan 50 hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban, menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia.[2][3][4][5][6]