Pandemik koronavirus 2019–20 bermula di Wuhan, Hubei, China, dan telah tersebar luas ke seluruh benua Asia. Sehingga 30 April 2020, sekurang-kurangnya terdapat 1 kes COVID-19 telah dilaporkan pada setiap negara di Asia, kecuali Turkmenistan, dan Korea Utara selepas negara Asia terakhir mencatatkan kes COVID-19 iaitu Tajikistan. Angka kes tertinggi di Asia pada masa ini terdapat di India, Turki dan Iran, dengan angka yang terus meningkat dilaporkan di beberapa negara Asia Tenggara.
Fakta Segera Penyakit, Baka virus ...
Pandemik COVID-19 di Asia
Peta pandemik koronavirus di Asia setakat 29 Mac 2020
Beberapa negara Asia Tenggara mengalami peningkatan jumlah kes berikutan Jemaah Tabligh yang berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac di sebuah masjid di Kuala Lumpur, yang mana banyak orang yang disyaki telah dijangkiti.[4][5]Peristiwa serupa di India dan Pakistan juga telah menyebabkan peningkatan jumlah kes di negara-negara tersebut.