Lentingan jisim korona
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lentingan jisim korona (Jawi: لنتيڠن جيسيم کوروناcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: coronal mass ejectioncode: en is deprecated ) ialah ledakan gergasi angin suria, plasma isotop cahaya lain, dan medan magnet yang timbul di atas korona suria atau dilepaskan ke dalam angkasa.[1]
Lentingan jisim korona sering dikaitkan dengan berbagai-bagai jenis aktiviti suria yang lain, khususnya suar suria, tetapi tidak pasti sama ada memang ada hubungan yang kukuh. Kebanyakan lentingan berasal dari kawasan-kawasan aktif di permukaan Matahari, seperti kelompok tompok matahari yang dikaitkan dengan suar yang kerap. Lentingan jisim korona berlaku semasa aktiviti matahari mencapai maksimum suria, dan juga minimum suria walaupun tidak sehebat maksimum.