From Wikipedia, the free encyclopedia
Pagoda adalah menara terdiri dari banyak tingkat dipasangkan atap melentik naik dengan saliran yang biasa didapati di kawasan Asia Timur terutamanya China, Jepun, Korea, Vietnam dan bahagian lain di Asia.
Struktur ini datangnya daripada pengembangan reka bentuk stupa yang wujud dalam tamadun India kuno dan dilazimkan dalam binaan dengan fungsi keagamaan seperti kuil Tao dan Buddha mahupun wihara,[1][2][3] namun ia turut boleh didapati pada binaan lain menerapkan unsur masyarakat dipengaruhi agama ini seperti menara masjid.
Pagoda-pagoda terawal pada zaman Utara-Selatan sering terbina dari kayu yang memberikan sifat tahan gegaran gempa bumi[4] namun mudah berisiko dari kebakaran. Dinasti-dinasti Wei dan Sui Utara (386-618) mula mencuba membina dengan batu bata dan batu.
Dinasti-dinasti Song, Liao, Jin, dan Yuan memperkenalkan pelbagai gaya binaan baru terutamanya asas berbentuk heksagon dan oktagon.
Pagoda terdapat dalam pelbagai ketinggian,[5] bahkan ada yang boleh menjadi terlalu tinggi sehingga mudah disambar kilat sehingga banyak dirosakkan berulang kali;[6][7] pemasangan alat penebat sering dilakukan setiap kali pengubahsuaian moden bagi mengelakkan masalah ini berulang.[6]
Tingkat-tingkat sesebuah pagoda sering dibina dalam bilangan yang ganjil.
Penerapan unsur rekaan pagoda dalam binaan tinggi ada mengesan dalam pembinaan seberapa masjid yang dimunculkan hasil pertukaran ilmu pertukangan antara orang Cina dan warga setempat di beberapa tempat serata Nusantara hasil hubungan yang dijalin pada zaman-zaman dinasti Ming serta makmurnya kesultanan-kesultanan Islam seperti kesultanan Melaka berikutan pelayaran laksamana Cheng Ho;[8] hal ini masih boleh dinampakkan pada binaan masjid-masjid tertua dalam rantau ini termasuk Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Keling di negeri Melaka, Malaysia moden.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.