Parti Pejuang Tanah Air (Jawi: ڤرتي ڤجواڠ تانه اءير, juga singkatan: PEJUANG) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dipimpin oleh Presidennya iaitu Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir. Parti PEJUANG telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 8 Julai 2021 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan penggunaan logo Parti PEJUANG telah disahkan serta ditapis oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Tun Dr. Mahathir bin Mohamad iaitu Pengerusi Parti PEJUANG ketika itu telah menerima surat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri iaitu Dato' Seri Hamzah Zainudin serta surat kelulusan daripada ROS pada 8 Julai 2021.[perlu rujukan] Parti PEJUANG sebahagian daripada komponen gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) sebelum meninggalkan gabungan tersebut pada bulan Januari 2023.
Parti Pejuang Tanah Air ڤرتي ڤجوڠ تانه اير | |
---|---|
Singkatan | PEJUANG |
Presiden | Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir |
Setiausaha agung | Dato' Wira Ir. Amiruddin Hamzah |
Pengasas | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Ditubuhkan | 12 Ogos 2020 |
Didaftarkan | 8 Julai 2021 |
Disahkan | 8 Julai 2021 (sebagai parti politik rasmi) |
Pecahan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
Ibu pejabat | N-02-08, Blok N, Conezion Commercial Centre, Lebuhraya IRC3, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |
Sayap wanita | Pejuanita |
Sayap pemuda | Pejuang Muda |
Sayap pemudi | Pejuanita Muda |
Ideologi | |
Kedudukan politik | Sayap Kanan |
Agama | Islam |
Warna | |
Slogan | Pejuang Berprinsip |
Lagu parti | Berjuang Untukmu |
Dewan Negara Malaysia | 0 / 70 |
Dewan Rakyat Malaysia | 0 / 222 |
Dewan Undangan Negeri | 5 / 607 |
Menteri Besar dan Ketua Menteri | 0 / 13 |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
https://pejuang.org.my/ | |
Parti politik di Malaysia |
Sejarah penubuhan
PEJUANG ditubuhkan selepas bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya iaitu Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah), Dato' Wira Haji Ir. Amiruddin Hamzah (bekas Timbalan Menteri Kewangan), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia) dan Dr. Maszlee Malik (bekas Menteri Pendidikan Malaysia) digugurkan keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 28 Mei 2020.[1] Keahlian mereka digugurkan kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[2] Pada 9 Jun, Tun Mahathir dan enam orang yang lain mengemukakan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ROS atas keguguran keahlian mereka.[3]
Pada 12 Jun, Tun Mahathir menyatakan secara sinis bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu bernama Parti Apa Aku Dapat (AAD) ekoran perpecahan dalam kalangan ahli BERSATU.[4]
Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh pembatalan saman tersebut pada 8 Ogos. Pada 14 Julai, Tun Mahathir bersama penyokongnya mengumumkan berkemungkinan akan bertanding dengan sebuah parti baharu jika terdapat Pilihan raya umum Malaysia (PRU) mengejut.[5] Pada hari Sabtu 25 Julai pula, Tun Mahathir berujar bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu atau menyertai parti sedia ada sekiranya keputusan mahkamah pada 8 Ogos tidak berpihak kepada beliau.[6]
Pada 7 Ogos, mahkamah telah membenarkan Muhyiddin membatalkan saman oleh Mahathir.[7] Susulan itu, Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang akan mendokong dasar awal penubuhan BERSATU pada pukul 4 petang, hari Jumaat 7 Ogos di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.[8] Parti ini tidak terikat dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).[9] Nama parti tersebut ketika itu belum diumumkan[10] namun Sinar Harian melaporkan bahawa namanya ialah Parti Bersatu Rakyat Malaysia.[11] Jawatan Pengerusi parti akan disandang oleh beliau manakala jawatan Presiden pula akan dipangku oleh anaknya iaitu Mukhriz Mahathir.[12][13]
Pada 12 Ogos, nama parti tersebut diumumkan sebagai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).[14] Pada 19 Ogos, PEJUANG telah membuat pendaftaran sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia. Lambangnya yang menggunakan huruf pa (ڤ) juga dipaparkan kepada umum.[15]
Begitupun, parti tersebut masih belum didaftarkan secara rasmi dengan ROS pada masa itu.[16][17] Tindakan ROS yang seolah-olah bertindak lewat dalam pendaftaran PEJUANG menyebabkan pihak PEJUANG memfailkan tindakan mahkamah secara mandamus terhadap ROS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa kelulusan atau penolakan pendaftaran parti pada Disember.[18] Pendaftaran parti tersebut disahkan ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 7 Januari 2021.[19]
PEJUANG bertanding pada pilihan raya kecil Slim pada 29 Ogos 2020. Namun, calonnya Amir Kusyairi Mohd Tanusi[catatan 1] tewas kepada calon daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Mohd Zaidi Aziz.[20]
Pada 16 April 2021, Timbalan Presiden PEJUANG iaitu Datuk Wira Marzuki Yahya mengatakan "jika Parti PEJUANG ditakdirkan untuk bekerja bersama Perikatan Nasional, ia hanya dilakukan demi kepentingan negara".[perlu rujukan]
Pada 8 Julai 2021, Parti PEJUANG didaftarkan sepenuhnya (diluluskan) dan diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah parti politik. Mahathir selaku Pengerusi Parti PEJUANG telah menerima surat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri iaitu Dato' Seri Hamzah Zainudin lantas mendapat surat-surat kelulusan daripada ROS mengenai kelulusan parti ini menjadi sebuah parti politik yang sah.[perlu rujukan]
Struktur kepemimpinan
|
Wakil rakyat
Dewan Negara
Senator
Parti ini tidak mempunyai wakil dalam Dewan Negara.
Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Malaysia
Parti ini tidak mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.
Dewan Undangan Negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri
Negeri | No | Kawasan Negeri | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Kedah | N06 | Jitra | Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir | Bekas Menteri Besar Kedah |
N15 | Anak Bukit | Dato' Wira Haji Ir. Amiruddin Hamzah | ||
Selangor | N7 | Batang Kali | Harumaini Omar | |
N12 | Jeram | Mohd Shaid Rosli | ||
N13 | Kuang | Sallehudin Amiruddin | ||
Jumlah | Kedah (2), Selangor (3) |
Lihat juga
Catatan
- Secara rasmi, Amir Khusyairi bertanding atas tiket calon bebas kerana pada masa itu, PEJUANG masih belum didaftar secara rasmi oleh RoS.
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.