Overtur 1812
From Wikipedia, the free encyclopedia
Overtur Suram Tahun 1812 Op. 49 (Rusia: Торжественная увертюра «1812 год», соч. 49code: ru is deprecated )[1] atau nama pendeknya Overtur 1812 (bahasa Inggeris: 1812 Overturecode: en is deprecated ) ialah sebuah overtur bernada E♭ karya pengarang muzik Rusia, Pyotr Ilyich Tchaikovsky pada tahun 1880 memperingati percubaan Napoleon Bonaparte menakluk Rusia pada tahun 1812. Karya gubahan ini amat dikenali kerana kemuncaknya yang melibatkan tembakan meriam, genta dan tiupan trompet akhir menggambarkan kekacauan dalam peperangan hebat tersebut.
Overtur mula-mula diperdengarkan di Katedral Kristus Penyelamat Moscow pada 20 Ogos 1882 (8 Ogos mengikut takwim lama)[2] di bawah pimpinan Ippolit Al'tani.[3]
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |