Osman Talib
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Kurnia Jasa Osman Bin Talib (lahir di Gopeng , Perak) dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Mei 1959 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman.[1] Gabenor Melaka ketika itu ialah Tun Leong Yew Koh . Selepas itu , Tun Abdul Ghafar bin Baba menjadi Ketua Menteri Melaka. Ketika itu , pilihan raya negeri Melaka belum diadakan . Oleh itu selepas merdeka, pegawai kanan kerajaan / Malayan Civil Service (kini digelar PTD, telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.
Tan Sri Dato' Osman Talib Kurnia Jasa | |
---|---|
- | |
Fail:- | |
Orang Besar Empat Negeri Perak | |
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja ke2 | |
Dalam jawatan 01 Julai 1974 ā 09 September 1984 | |
Raja | Al Sultan Hajji Sir Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah II (1974-1982)
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1982-1984) |
Didahului oleh | Chik Mohamad Yusuf |
Digantikan oleh | Syed Zahiruddin Syed Hassan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Osman bin Talib 1925 (1925) Gopeng, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 9 September 1984(1984-09-09) (umur 58ā59) Makam Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia |
Pasangan | - |
Anak-anak | 55 |
Ibu | - |
Bapa | - |
Kediaman | - |
Pekerjaan | - |
Laman web rasmi | - |
- |
Osman Talib pernah menjadi Pengerusi Lembaga Letrik Negara atau sekarang dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akhir hayatnya menetap di Bukit Tunku dan meninggal dunia di sana pada 9 September 1984. [2][3] Jenazah beliau dibawa ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Makam Al-Ghufran sebelah Masjid Ubudiah. [4]
Osman Talib pernah menyandang jawatan Orang Kaya Bendahara Perak selepas Datok Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman / CM Yusof. CM Yusof pernah adalah Speaker Parlimen Malaysia / Dewan Rakyat dan berasal dari Tanjung Tualang. [5][6]