Osman Ali
pengarah filem Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Osman Ali (lahir 1973) merupakan seorang pengarah filem Malaysia, berasal dari Langkawi, Kedah. Memulakan kerjaya sinematografi pada 1999, beliau mengarahkan filem cetera pertamanya, Puaka Tebing Biru yang dikeluarkan lapan tahun kemudian. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filemnya yang diiktiraf oleh pengkritis, termasuk Anak Halal, Ombak Rindu dan Sinaran. Beliau juga merupakan pengasas syarikat penerbitan filem milik beliau, Nuansa Sdn. Bhd.