Organisma aerob atau aerob sahaja adalah organisma yang boleh hidup dan berkembang di persekitaran yang beroksigen .[1] Ia berbeza dengan organisma anaerob (anaerob) iaitu organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk pertumbuhan. Beberapa anaerob memberi tindak balas negatif atau mungkin mati jika terdapat oksigen.[2]
Bakteria aerob dan anaerob boleh dikenal pasti dengan memperkembangkan mereka dalam tabung uji kaldu tioglikolat:
1: Aerob obligat memerlukan oksigen kerana ia tidak boleh menapai atau berespirasi secara anaerobik. Ia berkumpul di atas tabung di mana kepekatan oksigen adalah yang tertinggi.
2: Anaerob obligat diracuni oleh oksigen, jadi ia berkumpul di bawah tabung di mana kepekatan oksigen adalah yang paling rendah.
3: Anaerob fakultatif boleh berkembang dengan atau tanpa oksigen kerana ia boleh memetabolismekan tenaga secara aerobik atau anaerobik. Ia berkumpul kebanyakannya di atas kerana respirasi aerob menghasilkan lebih banyak ATP berbanding penapaian atau respirasi anaerob.
4: Mikroaerofil memerlukan oksigen kerana ia tidak boleh menapai atau berespirasi secara anaerobik. Bagaimanapun, ia diracuni dengan kepekatan oksigen yang tinggi. Ia berkumpul di bahagian atas tabung uji tetapi tidak berada terlalu atas.
5: Organisme aerotoleran tidak memerlukan oksigen kerana ia memetabolisekan tenaga secara anaerobik. Tidak seperti anaerob obligat, ia tidak diracuni oleh oksigen dan boleh didapati secara merata di seluruh tabung uji.