Orang Indonesia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Indonesia atau bangsa Indonesia adalah warganegara atau rakyat Indonesia[1] tanpa mengira latar belakang kaum, etnik atau agama mereka.[2][3] Terdapat lebih dari 600 etnik[4] di Indonesia, menjadikannya negara kepulauan multibudaya dengan kepelbagaian bahasa, budaya dan kepercayaan agama. Penduduk Indonesia menurut banci nasional 2010 adalah 237.64 juta[5], dan dianggarkan mencapai 255.4 juta pada tahun 2015.[5] 51% tinggal di Pulau Jawa, pulau paling ramai penduduk di dunia.[6] Kira-kira 95% Indonesia adalah orang asli Indonesia (sebelumnya diklasifikasikan sebagai "Orang Asli"), dengan majoriti orang Jawa[5] dan 15% orang Sunda, sementara 5% lainnya adalah orang Indonesia keturunan asing, seperti orang Cina Indonesia. Salah satu makanan utama orang Indonesia adalah tempe[perlu rujukan] terbuat dari kacang kedelai yang ditapai, dibentuk menjadi kiub yang kemudian dimasak untuk pelbagai hidangan. Hidangan ini paling biasa di Indonesia Barat.
Rencana biografi berkaitan orang Indonesia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |