![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/63/Indigenous_group_dancers_at_Amis_Music_Festival_2016_IMF0936.jpg/640px-Indigenous_group_dancers_at_Amis_Music_Festival_2016_IMF0936.jpg&w=640&q=50)
Orang Amis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Amis (amis dalam bahasa Amis bermaksud "utara", juga mengenal diri sebagai Pangcah "manusia"; Bahasa Cina: 阿美族code: zh is deprecated ; pinyin: Āměi-zú) adalah etnik peribumi asli rumpun Austronesia di Taiwan. Tanah adat mereka di sepanjang lembah sempit antara Banjaran Tengah dan Banjaran Sawaliyan/Pesisir menjangkau timur pulau Taiwan sampai Semenanjung Hengchun (Palidaw); mereka juga banyak mendiami kota-kota. Kependudukan mereka dikira seramai 223,921 orang mengikut banci 2024[1] dan antara puak asli terbesar bangsa Taiwan;[2] mereka pernah orang asli paling ramai menurut bancian 2014 sebanyak 37.1 peratus.[3][4] Bahasa mereka bahasa Amis.
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (Jun 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Amiscode: ami is deprecated Pangcahcode: ami is deprecated | |
---|---|
![]() | |
Jumlah penduduk | |
223,921 orang (2024)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Taiwan | |
Bahasa | |
bahasa Amis, bahasa Mandarin Taiwan | |
Agama | |
Animisme, agama Kristian | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
orang Sakizaya |
Pada masa sekarang, orang Amis juga berkahwin campur dengan orang Cina ataupun penduduk asli lainnya.[5] Susur galur keturunan asal mereka mengikut darah sebelah ibu.[6] Genetik mereka sangat dekat dengan penduduk kepulauan Filipina.[7][8]