Oracle Park
From Wikipedia, the free encyclopedia
Oracle Park merupakan sebuah stadium besbol yang terletak di daerah SoMa di San Francisco, California, Amerika Syarikat. Sejak tahun 2000, stadium ini beroperasi sebagai gelanggang pasukan Major League Baseball San Francisco Giants. Stadium ini pada sebelum ini pernah dinamakan sebagai Pacific Bell Park, SBC Park dan AT&T Park. Nama kini stadium telah dibeli oleh Oracle Corporation pada tahun 2019.[9]
Fail:Oracle Park logo.svg | |
Nama silam | Pacific Bell Park (2000–2003) SBC Park (2004–2005) AT&T Park (2006–2018) |
---|---|
Alamat | 24 Willie Mays Plaza |
Lokasi | San Francisco, California, Amerika Syarikat |
Pemilik | Port of San Francisco |
Pentadbir | San Francisco Baseball Associates LP |
Kapasiti | Besbol:
1,500 kapasiti tempat berdiri NCAA Football: 45,000 (2011)[2] Ragbi tujuh: 42,000 |
Rekod kehadiran | 44,046 (NLDS 2010 Aksi 2) |
Saiz Padang | Garisan padang kiri – 339 kaki (103 m) Padang kiri – 354 kaki (108 m) Padang kiri-pusat – 399 kaki (122 m) Pusat padang – 391 kaki (119 m) Padang kanan-pusat – 415 kaki (126 m) Padang kanan – 365 kaki (111 m) Garisan padang kiri – 309 kaki (94 m) Backstop – 48 kaki (15 m)
|
Permukaan | Tifway 419 Bermuda Grass |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 11 Disember 1997 (11 Disember 1997) |
Dibuka | 11 April 2000 (11 April 2000) |
Pengubahsuaian | Oktober 2019—Jun 2020 |
Kos pembinaan | $357 juta (US$455 juta in 2016 dollars[3]) |
Arkitek | HOK Sport[4] |
Pengurus projek | Alliance Building Partners[5] |
Jurutera struktur | Thornton Tomasetti[6] |
Perkhidmatan jurutera | M-E Engineers, Inc.[7] |
Kontraktor am | Hunt/Kajima[8] |
Tuan rumah | |
San Francisco Giants (MLB) (2000–kini) San Francisco Demons (XFL) (2001) Kraft Fight Hunger Bowl (NCAA) (2002–2013) California Redwoods (UFL) (2009) California Golden Bears (NCAA) (2011) |
Oracle Park juga melangsungkan permainan bola sepak Amerika di peringkat profesional dan kolej. Stadium ini juga mengacarakan Redbox Bowl sejak ia mula diperkenalkan pada 2002 sehingga 2013. Stadium ini juga gelanggang bagi pasukan bola sepak University of California pada 2011. Di peringkat profesional pula, stadium ini beroperasi sebagai gelanggang pasukan San Francisco Demons yang bersaing di XFL dan California Redwoods di saingan United Football League.