Once Upon a Time in Hollywood
From Wikipedia, the free encyclopedia
Once Upon a Time in Hollywood ialah filem drama komedi 2019 arahan dan dikaryakan Quentin Tarantino untuk terbitan Columbia Pictures, Bona Film Group, Heyday Films, dan Visiona Romantica dan diedarkan oleh Sony Pictures Releasing, ia merupakan terbitan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom. Filem ini dibintangi Leonardo DiCaprio, Brad Pitt, Margot Robbie, Emile Hirsch, Margaret Qualley, Timothy Olyphant, Austin Butler, Dakota Fanning, Bruce Dern, dan Al Pacino. Filem ini berlatarkan pada tahun 1969 di Los Angeles mengikuti seorang pelakon dan seorang pelagak ngeri mengharungi kerenah dalam industri perfileman Hollywood yang berubah-ubah dengan memudarnya zaman kegemilangan ia kepada pergerakan yang baharu.[4][5][6]
Once Upon a Time in Hollywood | |
---|---|
Pengarah | Quentin Tarantino |
Penulis | Quentin Tarantino |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Dikisahkan oleh | Kurt Russell |
Sinematografi | Robert Richardson |
Disunting oleh | Fred Raskin[1] |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Sony Pictures Releasing |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 161 minit[2] |
Negara |
|
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | USD90–96 juta |
Pecah panggung | $372 juta[3] |
Filem ini merupakan filem pertama dibikin Tarantino tanpa penglibatann adik-beradik Weinstein berikutan tuduhan penderaan seksual terhadap Harvey yang menamatkan hubungan mereka. Filem ini mula dilangsungkan pada 2017 di mana produksi ia berjaya dibidakan kepada Sony Pictures sebagai pengedar dipercayai Tarantino termasuk hak potongan terakhir. Pitt, DiCaprio, Robbie, Zoë Bell, Kurt Russell dan lain-lain menyertai projek ini antara Januari dan Jun 2018. Fotografi utama berlangsung dari Jun hingga November di sekitar Los Angeles. Ia merupakan filem terakhir menampilkan Luke Perry yang meninggal dunia tidak lama pada Mac 2019. Ia ditayangkan di Festival Filem Cannes pada 21 Mei 2019 sebelum ditayangkan se-Amerika Syarikat pada 26 Julai 2019 dan di United Kingdom pada 14 Ogos.
Ia meraih kutipan hampir USD 372 juta di seluruh dunia, dan mendapat ulasan positif daripada pengkritik, dengan banyak memuji persembahan, arahan, lakon layar, sinematografi, reka bentuk kostum dan nilai penerbitan. Ia dipilih oleh Lembaga Kajian Semula Nasional, Institut Filem Amerika dan majalah Time sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik tahun ini.[7][8] di Anugerah Golden Globe ke-77, ia dicalonkan untuk lima anugerah, termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi.[9]