Obersturmführer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Obersturmführercode: de is deprecated (bahasa Jerman: [ˈoːbɐʃtʊʁmˌfyːʁɐ], har. pemimpin gempur kanan;[1][2] singkatan: Ostuf) ialah pangkat separa tentera yang digunakan dalam beberapa organisasi Nazi, seperti SA, SS, NSKK dan NSFK.
Obersturmführer | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan |
| ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai muda | ||||||
Singkatan | Ostuf | ||||||
Diperkenalkan | 1932 | ||||||
Dimansuhkan | 1945 | ||||||
Kod NATO | OF-1 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Oberleutnant | ||||||
Pangkat Obersturmführer pertama kali dizahirkan pada 1932 hasil dari perluasan Sturmabteilung (SA) dan keperluan untuk tambahan pangkat dalam kumpulan pegawai. Pada masa yang sama Obersturmführer juga menjadi pangkat SS.[3]
Seorang SA-Obersturmführer lazimnya merupakan komander muda kompeni yang bertanggungjawab terhadap 50 hingga 100 orang. Di dalam SS, pangkat Obersturmführer membawa pelbagai jenis tugasan termasuk pembantu staf, pegawai Gestapo, penyelia kem tahanan, dan komander platun Waffen-SS. Dalam kedua-dua SS dan SA, pangkat Obersturmführer dianggap setara dengan Oberleutnant dalam Wehrmacht Jerman.[4]
Tanda pangkat Obersturmführer berupa tiga paku perak dan satu jalur berwarna perak yang disusun pada petak kolar uniform. Pangkat itu lebih kanan dari Untersturmführer (atau Sturmführer dalam SA[1]) dan lebih muda dari Hauptsturmführer.[4]