From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah Pengarah Komunikasi untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di bawah Perdana Menteri Malaysia.[1] Beliau juga pengarah dan penasihat bagi kebanyakan pertubuhan dan acara berkaitan Felda. Beliau dianugerahkan gelaran Datuk yang diterimanya dari kerajaan negeri Melaka.[2]
Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid DPSM (Melaka); MP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kota Tinggi | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Syed Hamid Albar (UMNO—BN) |
Digantikan oleh | Halimah Mohd Sadique (UMNO—BN) |
Majoriti | 24,574 (2013) |
Butiran peribadi | |
Parti politik | UMNO—Barisan Nasional |
Anak-anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Noor Ehsanuddin berkahwin dan mempunyai empat anak.
Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Rendah Inggeris Jalan Mersing, Kluang (1970-1974) dan pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Masjid Tanah (1974-1975). Beliau kemudian diterima ke sekolah berasrama Maktab Rendah Sains Mara di Seremban, Negeri Sembilan. Selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Illinois Selatan, Carbondale, Amerika Syarikat (Kejuruteraan Awam Dan Mekanik).[3]
Noor Ehsan pernah menyertai ahli lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dengan berkhdimat sebagai Pengarah Urusan bukan Bebas dan Eksekutifnya dari 2013 sehingga beliau meletakkan jawatannya pada 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Felda Investment Corporation (FIC).[4][5]
Datuk Noor Ehsanuddin merupakan ahli aktif kumpulan sosial, masyarakat dan persatuan. Dalam tahun 80an semasa tinggal di Amerika, beliau menjadi pengerusi biro pendidikan Kelab UMNO Carbondale.[6][7] Kini, beliau turut memimpin banyak pertubuhan seperti Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) 2011 dan Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA) 2011/2012.
Noor Ehsanuddin dipilih oleh Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi parlimen Kota Tinggi, Johor.[8]
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P156 Kota Tinggi, Johor | Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (UMNO) | 30,373 | 83.97% | Onn Jaafar (PAS) | 5,799 | 16.03% | 36,943 | 24,574 | 88.18% |
Ehsanuddin didakwa menerima 14 pertuduhan rasuah bayaran ansuran kereta sebanyak RM23,540.68 ketika menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dari syarikat Karya Hidayah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai tertuduh.[13]
Pada 1 September 2021, Ehsanuddin pendakwaan kes ditarik balik daripada sejumlah 29 pertuduhan.[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.