From Wikipedia, the free encyclopedia
Nina Jacobson (lahir 30 November 1965[2]) merupakan seorang eksekutif filem Amerika Syarikat, yang memegang jawatan presiden Buena Vista Motion Pictures Group, anak syarikat The Walt Disney Company sehingga Julai 2006.[3] Bersama Dawn Steel, Gail Berman dan Sherry Lansing, beliau ialah salah seorang yang terakhir dari beberapa wanita untuk mengetuai sebuah studio filem Hollywood sejak 1980-an. Jacobson menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri yang dikenali sebagai Color Force pada 2007, dan merupakan penerbit siri filem The Hunger Games.
Pada Jun 2016, Human Rights Campaign mengeluarkan sebuah video bagi memberi penghormatan kepada mangsa insiden tembakan kelab malam gay Orlando pada 2016; di dalam video tersebut, Jacobson dan yang lain menceritakan tentang mereka yang terbunuh dalam insiden itu.[4][5]
Pada 1995, beliau dan penerbit American Beauty Bruce Cohen telah menubuhkan Out There, sekumpulan aktivis industri hiburan gay dan lesbian.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.