Nicolae Ceaușescu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nicolae Ceaușescu [nikoˈla.e tʃe̯a.uˈʃesku (bantuan·info), ni.ko.la.é cé.au.syés.ku] (26 Januari 1918[1][2] – 25 Disember 1989) merupakan seorang ahli politik Romania berfahaman Komunis. Beliau menjawat sebagai Setiausaha Am Parti Komunis Romania dari 1965 hingga 1989, serta merupakan pemimpin Komunis kedua dan terakhir negara tersebut. Beliau juga merupakan ketua negara dari tahun 1967 sebagai Presiden Dewan Negara, dan dari tahun 1974 pada masa yang sama sebagai Presiden Republik, sehingga penggulingan beliau sewaktu Revolusi Romania pada tahun 1989.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Nicolae Ceaușescu | |
---|---|
Setiausaha Am Parti Komunis Romania (juga sebagai "Setiausaha Pertama Parti Pekerja Romania sehingga 24 Julai 1965) | |
Dalam jawatan 22 Mac 1965 – 22 Disember 1989 | |
Didahului oleh | Gheorghe Gheorghiu-Dej |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Presiden Romania pertama | |
Dalam jawatan 28 Mac 1974 – 22 Disember 1989 | |
Perdana Menteri |
|
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Ion Iliescu |
Presiden Majlis Negara Romania | |
Dalam jawatan 9 Disember 1967 – 22 Disember 1989 | |
Perdana Menteri |
|
Didahului oleh | Chivu Stoica |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1918-01-26)26 Januari 1918 Scornicești, Olt, Romania |
Meninggal dunia | 25 Disember 1989(1989-12-25) (umur 71) Târgoviște, Dâmbovița, Romania |
Tempat persemadian | Perkuburan Ghencea, Bucharest, Romania |
Kerakyatan | Romania |
Parti politik | Parti Komunis Romania |
Pasangan | Elena Petrescu (kahwin 1947–1989) |
Anak-anak |
|
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Socialist Republic of Romania |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Romania |
Tahun perkhidmatan | 1948–1989 |
Pangkat | Leftenan Jeneral |
Sebaik sahaja beliau memegang tampuk kekuasaan negara, beliau melonggarkan penapisan dan secara terbuka mengutuk serangan Czechoslovakia oleh Pakatan Warsaw dalam suatu ucapan pada 21 Ogos 1968 yang menjadikannya begitu dikenali. Tempoh kestabilan yang diwujudkannya sangat singkat, bagaimanapun, pemerintahannya secara mendadaknya menjadi bercirikan kuku besi, lalu dianggap sebagai salah satu pemerintah yang paling menindas di Eropah Timur. Polis rahsianya iaitu Securitate bertanggungjawab atas tindakan pengawasan awam serta teruk penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam negara, dan beliau menyekat dan mengawal media akhbar dengan langkah-langkah yang dianggap paling keras, paling ketat dan kejam di dunia. Pengurusan ekonomi yang teruk akibat usaha-usaha perdagangan minyak yang gagal pada tahun 1970-an membawa kepada hutang asing yang melambung di Romania; pada tahun 1982, banyak keluaran pertanian dan industri negara tersebut dieksportkan sebagai usaha melangsaikan hutang tersebut. Kekurangan makanan yang diikuti dengan penurunan taraf hidup yang drastik, membawa kepada pengagihan berat makanan, air, minyak, bahan api, elektrik, ubatan, dan keperluan lain. Kultus individu yang diwujudkan untuk Ceaușescu turut menjadi begitu kuat, diikuti oleh nepotisme yang meluas serta kemerosotan hubungan asing yang sengit bahkan dengan Kesatuan Soviet juga.