From Wikipedia, the free encyclopedia
Nice Stupid Playground (digayakan sebagai nicestupidplayground atau diringkaskan sebagai NSP) merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia dari Kuching, Sarawak.[1][2] Kumpulan ini telah mengeluarkan banyak lagu untuk kompilasi popular di bawah beberapa label, termasuk Positive Tone, tetapi juga berjaya mengeluarkan sendiri album penuh pada tahun 2006, serta satu di bawah Positive Tone pada tahun 2000. Mereka mencapai kejayaan meluas menerusi lagu "Bedroom Window", yang dimuatkan dalam album kompilasi Boys & Girls 1+1=3 yang telah menerima pelbagai anugerah, serta penyertaan dalam runut bunyi untuk filem Chinese Box.[3]
Nice Stupid Playground | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Nicestupidplayground, Nice Stupid, NSP |
Berasal dari | Kuching, Sarawak, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 1992–2008, 2019 |
Syarikat rakaman | Positive Tone (1994–2004) |
Laman sesawang | www |
Bekas ahli | Charles Rossem John Boniface Abdul Aziz Sahal Nellfee Alwi Danny Jopie Bendy Ismardy Adrian Ed Ricky Ong |
Ditubuhkan pada tahun 1992 di Kuching, Sarawak, ahli asal Nice Stupid Playground terdiri daripada Charles Rossem, Keith, Julian, Ambrose Peter dan Austin Wen. Ahli-ahli asal ini sempat merakam demo pertama mereka, Of Course We Didn't sebelum tiga daripada mereka mengundurkan diri. Keith, Ambrose dan Austin mengundur diri dari kumpulan itu untuk melanjutkan pelajaran mereka. Pada 1993, Nice Stupid Playground telah mengambil Ricky untuk menyertai kumpulan mereka. Pada tahun yang sama juga, mereka terlibat dalam satu kompilasi yang diberi nama Just Eat This (kompilasi indie Kuching sebelum Miaow City Attack!) dimana ia menandakan pengembangan arena muzik indie di Kuching pada ketika itu, dalam kompilasi itu terdapat nama-nama band underground seperti Insane, Groover's Lum, Rocket Flower, Cornflakes dan Mr. Wilson's Garden. Demo kedua mula menyusul dengan tajuk My Life Is My Parent's Biggest TV. Pada 1994, Nice Stupid Playground telah mengambil John sebagai pemain bes, membolehkan Ricky bermain gitar kedua untuk kumpulan tersebut.
Pada 1996, Abdul Aziz Sahal telah mengambil alih tugas Julian sebagai pemain dram dan merakamkan satu lagi demo berjudul ThirtyZeroEight dan pada tahun yang sama, John memberikan demo itu kepada Paul Moss dan akhirnya mereka bernaung dibawah naungan Positive Tone.
Dalam waktu itu, Nice Stupid Playground mengeluarkan album komplilasi bersama artis indie lain dari Semenanjung Malaysia (termasuk Nita Hamzah, OAG dan Juliet The Orange) bertajuk Boys & Girls 1+1=3 (1996). Menerusi kompilasi ini, mereka menyanyikan lagu bertajuk "Bedroom Window", yang dipilih sebagai runut bunyi filem Chinese Box (1997).[4][5][6] Album sulung mereka, My Life Is My Parents Biggest Television dikeluarkan pada 18 Februari 2000 dengan "Stereo Girl" dikeluarkan sebagai single utama.[7][8][9] Pada 2002, Ricky mengundur diri bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya beliau dan akhirnya menubuhkan satu lagi indie band bernama The Drives di Kuching. Nice Stupid Playground telah mengambil Ben untuk bermain dram dimana posisi Ricky telah diambil alih oleh Aziz, mereka kemudian meninggalkan Positive Tone pada 2003 untuk bergerak sendiri.[10]
Seterusnya pada tahun 2005, Nice Stupid Playground membuat penambahan dalam ahli kumpulan mereka dengan memasukkan Winelfie di posisi gitar dan setahun kemudian, mereka muncul dengan album studio kedua, A Beautiful Life (2006) yang diterbitkan sendiri tanpa mana-mana syarikat rakaman. Ahli kumpulan ini kemudian membawa haluan masing-masing seperti menyara keluarga dan sebagainya namun Aziz dan Bendy telah menyertai satu band indie yang diberi nama Relay yang juga dianggotai oleh Alim dan Ayeen yang sebelum ini pernah menyertai The Times pada tahun 2003 hingga 2010. Pada tahun 2019, mereka membuat pertemuan semula dan mengadakan konsert di Location X di Kuching, Sarawak.
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Of Course We Didn't |
|
My Life is My Parents Biggest TV |
|
Girlfriday |
|
ThirtyZeroEight |
|
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Just Eat This |
|
Boys & Girls 1+1=3 |
|
Radio Friendly Song |
|
Tajuk | Butiran album |
---|---|
My Life Is My Parents Biggest Television |
|
A Beautiful Life |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Bedroom Window" | 1996 |
"Stereo Girl" | 2000 |
"Girl Friday" | |
"Beautiful Life" | 2006 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.