Nasir P. Ramlee
Komposer, pemuzik, pelakon dan penyanyi Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria atau dikenali sebagai Nasir P. Ramlee (23 November 1953 – 17 Disember 2008) ialah seorang komposer, pemuzik, pelakon dan penyanyi. Beliau juga ialah anak pelakon tekenal Malaysia, P. Ramlee. Ibu kandungnya ialah Junaidah Daeng Harris[1] yang dikahwini P. Ramlee pada tahun 1950, tetapi berakhir dengan penceraian pada tahun 1954 selepas empat tahun sahaja. Adik-beradik beliau ialah Arfan (1954–1998).
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Nasir P. Ramlee | |
---|---|
![]() Nasir pada 2004 | |
Kelahiran | Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria (1953-11-23)23 November 1953 Negeri-negeri Selat, (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 17 Disember 2008(2008-12-17) (umur 55) |
Sebab kematian | Komplikasi jantung dan kencing manis |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik |
Tahun aktif | 1968–2008 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 6 (temasuk Najua Nasir) |
Ibu | Junaidah Daeng Harris |
Bapa | P. Ramlee |
Saudara | Arfan (adik) |
Tutup
Beliau pernah berkahwin sebanyak 3 kali bersama Mariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), dan Suria (Surjangsih Abu Bakar). [2]
Hasil perkahwinan Nasir P. Ramlee dengan pelakon, Rashidah Jaafar, beliau mendapat seorang anak, Najua Nasir. [3]