Naqsh-e Rostam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Naqsh-e Rostam (Parsi: نقش رستمcode: fa is deprecated ) adalah suatu tapak makam (atau "nekropolis") kuno terletak kira-kira 12 km barat laut dari Persepolis, Provinsi Fars, Iran; ia terletak beberapa ratus meter sahaja dari Naqsh-e Rajab. Tapak ini menampilkan sekumpulan ukiran timbul yang dipahat dari permukaan suatu tebing pada zaman-zaman Akhaemen dan Sasan. Tapak ini mendapat namanya daripada ukiran tertua di sana bertarikh sekitar 1000 SM samar-samar menggambarkan seorang lelaki berhias kepala aneh Elam[1] yang dipercayai merupakan Rostam, pahlawan hebat diceritakan dalam Shahnameh.
نقش رستم | |
Lokasi | Marvdasht, Provinsi Fars |
---|---|
Wilayah | Iran |
Koordinat | 29°59′20″N 52°52′29″E |
Jenis | Nekropolis |
Sejarah | |
Zaman | Achaemenid, Sassanid |
Budaya | Budaya Parsi |
Pengurusan | Pertubuhan Warisan Budaya, Pelancongan dan Kraftangan Iran |
Senibina | |
Jenis senibina | Parsi |
Makam-makam yang ada di tapak ini memaparkan hiasan besar di gerbang-gerbang pintu dengan motif ukiran yang menyanjung raja-raja mangkat ini sebagai dewa diapit askar dan pegawai mengusung ufti. Pintu masuk ke setiap kubur berada di tengah-tengah setiap palang yang membuka kepada suatu ruang kecil terletaknya sarkofagus yang memakamkan raja. [2]