![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7d/Nanjing_locator_map_in_Jiangsu.svg/langms-640px-Nanjing_locator_map_in_Jiangsu.svg.png&w=640&q=50)
Nanjing
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nanjing (南京 Pinyin: Nánjīng, Wade-Giles: Nan-ching; Pinyin Sistem Pos: Nanking) adalah ibu kota wilayah Jiangsu di Republik Rakyat China. Ia terletak di bahagian bawah Sungai Yangtze di 32°03'U, 118°47'T. Nanjing adalah bandar kedua terpenting (selepas Shanghai) di China.
Nanjing
南京市code: zh is deprecated | |
---|---|
Kota sub-wilayah | |
![]() Arah jam dari atas: 1. Kota, Tasik Xuanwu dan Gunung Ungu; 2. arca batu "bixie"; 3. Tokong Jiming; 4. Pintu Yijiang dengan Tembok Kota Nanjing; 5. Sungai Qinhuai dan Fuzi Miao; 6. Pusat Sukan Olimpik Nanjing; 7. Jalan Roh di Makam Ming Xiaoling; 8. Makam Sun Yat-sen | |
![]() Lokasi perbandaran Kota Nanjing di Jiangsu | |
Negara | ![]() |
Wilayah | Jiangsu |
Tahap kaunti | 11 |
Tahap Perbandaran | 129 |
Settled | Tidak diketahui (Yecheng, 495 SM. Kota Jinling, 333 SM) |
Pentadbiran | |
• Jenis | Kota sub-wilayah |
• Setiausaha Parti | Huang Lixin |
• Datuk Bandar | Miao Ruilin |
Keluasan | |
• Jumlah | 6,598 km2 (2,548 batu persegi) |
Aras | 20 m (50 ft) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 8,230,000 |
• Kepadatan | 1,237/km2 (3,183/batu persegi) |
Demonim | Orang Nankin[1] |
Zon waktu | UTC+8 (Standard China) |
Poskod | 210000–211300 |
Kod kawasan | 25 |
GDP (Nominal) | 2015 |
- Jumlah | AS$ 147.8 bilion |
- Per kapita | AS$ 18,241 |
- Perkembangan | ▲ 9.3% |
GDP (PPP) | 2015 |
- Jumlah | AS$ 253.2 bilion |
- Per kapita | AS$ 31,263 |
Awalan plat lesen | 苏code: zh is deprecated A |
Laman sesawang | City of Nanjing |
Deodar Cedar (Cedrus deodara), Platanus × acerifolia[2] Méi (Prunus mume) |
Nanjin dikenali sebagai "Ibukota Ilmu, Sains, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan". Ia terkenal sebagai pusat kebudayaan dan ilmu di China selama lebih seribu tahun. Ia adalah salah satu dari empat ibukota kuno negara China dan menjadi ibukota kepada sepuluh dinasti dan/atau kerajaan. Ia juga dikenali sebagai "Ibukota Syurga". Ia telah menjadi pusat politik dan ekonomi bagi daerah delta sungai Yangtze selama beratus-ratus tahun. Nanjing juga adalah hub pengangkutan di bahagian timur China dan kawasan muara sungai Yangtze. Nanjing ialah sebuah bandar pelancongan yang terkenal, dan memiliki banyak tempat bersejarah.