Najwan Halimi
From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Tuan Mohd Najwan Halimi (lahir 8 Mei 1985) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Selangor dan ADN Kota Anggerik. Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Ketua PKR Shah Alam.
Fakta Segera Yang Berhormat TuanNajwan Halimi ADUN, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ...
Najwan Halimi | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Memegang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Mohd Khairuddin Othman (Pembangunan Generasi Muda & Sukan) Rodziah Ismail (Pembangunan Usahawan) Amirudin Shari (Pengurusan Bencana) |
Portfolio | Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Kota Anggerik | |
Memegang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Yaakob Sapari |
Majoriti | 10,834 (2023) 17,004 (2018) |
Timbalan Ketua PKR cabang Shah Alam | |
Dalam jawatan 2022–2025 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1985-05-08) 8 Mei 1985 (umur 39) Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Pasangan | Syahira Razak |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | Universiti Tenaga Nasional Universiti Putra Malaysia |
Laman web rasmi | najwanhalimi.com |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Malaysia |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Malaysia |
Tahun perkhidmatan | 2015–sekarang |
Pangkat | Prebet |
Unit | Rejimen Askar Wataniah |
Tutup
Beliau juga merupakan mantan pegawai khas kepada mantan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Najwan merupakan salah seorang daripada saksi pembelaan dipanggil oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dalam perbicaraan kes liwat kedua Anwar Ibrahim.[1] Beliau juga merupakan pereka bendera Sang Saka Malaya[2][3] yang menjadi kontroversi semasa ulang tahun ke-55 kemerdekaan Malaysia pada tahun 2012. Kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Majlis Sukan Negeri Selangor.[4]