From Wikipedia, the free encyclopedia
Muawiyah bin Yazid atau Muawiyah II (661-684) ialah khalifah Kerajaan Bani Umaiyah ketiga yang hanya memerintah selepas kematian ayahnya Yazid I. Muawiyah ialah seorang pemuda yang baik dan bertakwa. Tempoh pemerintahannya masih menjadi perselisihan antara 40 hari atau empat bulan.
Muawiyah bin Yazid مُعَاوِيَة بْنِ يَزِيد | |
---|---|
Khalifah ketiga Kerajaan Bani Umaiyah | |
Pemerintahan | 683 – 684 |
Didahului oleh | Yazid I |
Diikuti oleh | Marwan I |
Keputeraan | s. 664 CE Bilad al-Syam, Kerajaan Bani Umaiyah |
Kemangkatan | s. 684 CE (umur 19–20) Damsyik, Kerajaan Bani Umaiyah |
Kerabat | Sufyaniyah |
Wangsa | Bani Umaiyah |
Ayahanda | Yazid |
Bonda | Ummu Hasyim |
Agama | Islam |
Setelah kematian Yazid I, anaknya Muawiyah telah dilantik sebagai khalifah yang baharu. Dikatakan bahawa sewaktu perlantikannya, Muawiyah telah berterus terang kepada seluruh rakyatnya bahawa beliau tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab jawatannya itu. Setelah itu, beliau terus mendiamkan diri di rumahnya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 684.[1]
Keputusannya itu menimbulkan pelbagai kekecohan dalam kerajaannya. Akhirnya, Marwan bin al-Hakam telah dilantik sebagai pengganti Muawiyah. Sepanjang tempoh ini, Ad-Dhahhak bin Qais al-Fihri telah mengendalikan segala tugas Muawiyah sehingga khalifah baharu, Marwan dilantik.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.