ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Dato' Haji Mohd Nor Hamzah ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu dan ADUN Bukit Payung.
Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Nor Hamzah D.P.M.T., S.M.T. | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 24 September 2023 | |
Timbalan | Khazan Che Mat |
Didahului oleh | Yahaya Ali |
Kawasan pilihan raya | Bukit Payung |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Bukit Payung | |
Memegang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Abdul Latiff Awang |
Majoriti | 10,956 (PRU-15) 4,488 (PRU-14) 613 (PRU-13) 115 (PRU-12) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Timbalan | Ridzuan Hashim |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan |
Digantikan oleh |
|
Kawasan pilihan raya | Bukit Payung |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Terengganu, Terengganu | 18 Februari 1972
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Zainun Abd Wahab |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Mohd Nor Hamzah telah dilantik sebagai EXCO Pembangunan Insan, Dakwah, dan Penerangan di Terengganu sejak tahun 2018 setelah PAS mendapat majoriti dalam DUN Terengganu.
Sebagai seorang ADUN Bukit Payung, beliau telah menjalani tugasnya sejak tahun 2008 hingga kini. [1]
Pada tahun 2004 hingga 2008, Mohd Nor Hamzah telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Kolej Universiti Darul Quraan Islamiyyah (KUDQI). Sebelum itu, beliau juga telah menjadi Mudir Markas Pengajian Islam Wanita di Yayasan Islam Terengganu dari tahun 2002 hingga 2004.
Pengalaman beliau turut meliputi peranan sebagai Penyelia Unit Pembangunan Insan Kerajaan Terengganu dari tahun 2000 hingga 2002.
Dalam bidang pendidikan, Mohd Nor Hamzah telah mengukir pencapaian dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga memiliki Diploma Syariah dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) serta Diploma lepasan Ijazah dari Institusi Pengajian Islam Zamalek. Pendidikan menengahnya diperoleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.