Mohd Hayati Othman
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Hayati Othman (lahir 12 Jun 1957) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pendang, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.[1][2][3][4]
Fakta Segera Yang Berhormat Dato' Dr.Mohd Hayati Othman DSDK, AMK (Kedah); MD, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ...
Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Hayati Othman DSDK, AMK (Kedah); MD | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Memegang jawatan 2020 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Tokai | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pendang | |
Dalam jawatan 2004 – 2013 | |
Didahului oleh | Othman Abdul (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Othman Abdul (BN-UMNO) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1957-06-12) 12 Jun 1957 (umur 67) Pendang, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Datin Rahimah Sahit |
Anak-anak | 7 |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor |
Tutup
Pada Januari 2010, beliau dikurniakan gelaran Dato’ oleh Sultan Kedah.[5]