![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/9/91/FadzillahKamsah.jpg/640px-FadzillahKamsah.jpg&w=640&q=50)
Mohd Fadzilah Kamsah
pakar motivasi Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah (lahir 16 Julai 1951) ialah seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.[1]
Mohd Fadzilah Kamsah DSSA (Selangor) | |
---|---|
![]() | |
Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia | |
Memegang jawatan 2020 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohd Fadzillah bin Kamsah (1951-07-16) 16 Julai 1951 (umur 72) Kampung Sungai Pinang, Kelang, Selangor Darul Ehsan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Pendidikan | Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Alma mater | Universiti Malaya Universiti Wisconsin–Madison |
Pekerjaan | Pakar motivasi |
Fadzilah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977.[2] Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzilah dinamakan "Tokoh Maal Hijrah" Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.[2]
Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya (1975), Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan (1977) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Organisational Communication (1984) dari Universiti Wisconsin–Madison, Amerika Syarikat.[1]