![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/db/Datuk_Seri_Ir_Mohammad_Nizar_Jamaluddin.jpg/640px-Datuk_Seri_Ir_Mohammad_Nizar_Jamaluddin.jpg&w=640&q=50)
Mohammad Nizar Jamaluddin
From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin (lahir 17 Mac 1957) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Perak dan ADN Sungai Rapat. Beliau sebelum ini merupakan mantan Menteri Besar Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama setahun tiga bulan dan lima hari. Pada masa yang sama beliau juga berkhidmat sebagai ADN Sungai Panjang selama sepenggal (2008-2013) dan Ahli Parlimen Bukit Gantang selama sepenggal (2009-2013).
Mohammad Nizar bin Jamaluddin SPMP (Perak) | |
---|---|
![]() | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Memegang jawatan 22 November 2022 | |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Portfolio | Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam |
Dalam jawatan 2018–2020 | |
Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
Portfolio | Pelaburan dan Pembangunan Koridor |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Sungai Rapat | |
Memegang jawatan 3 Julai 2018 | |
Didahului oleh | ![]() |
Majoriti | 3,494 (PRU-15) 3,614 (PRU-14) |
Menteri Besar Perak ke-10 | |
Dalam jawatan 17 Mac 2008 – 12 Mei 2009 | |
Raja | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
Didahului oleh | Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali |
Digantikan oleh | Zambry Abdul Kadir |
Kawasan pilihan raya | Pasir Panjang |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Changkat Jering | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Osman Mohd Jailu |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 1,170 (PRU-13) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P59 Bukit Gantang, Perak | |
Dalam jawatan 7 April 2009 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Majoriti | 2,789 (PRK 2009) |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk N51 Pasir Panjang | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 4,474 (PRU-12) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1957-03-17) 17 Mac 1957 (umur 67) Kampung Air Hitam Labu, Kampar, ![]() |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Fatimah Taat |
Anak-anak | 7 anak |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Jurutera Bertauliah |
Beliau dikatakan tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak setelah Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari 2009 berikutan pengisytiharan tiga ADUN menyokong Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, selepas 96 hari, Mahkamah Tinggi Malaysia mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.[1] tetapi pada 22 Mei 2009, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kini beliau merupakan Ketua Pembangkang bagi negeri Perak.